Sunday, November 19, 2017

Bongkar Kata Hasut DAP Terhadap Golongan Muda PPBM. Lihat Video.



MUNGKIN mahu tutup aib Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikutuk netizen, DAP membuat lawak apabila mendakwa dia wajar diangkat sebagai model golongan muda Melayu masa kini.

Jenaka tersebut diluahkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata kononnya Syed Saddiq wajar menjadi model pemuda Melayu supaya Malaysia menjadi sebuah negara berbilang bangsa dan agama yang progresif.
“Syed Saddiq sebagai Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sepatutnya menjadi model untuk golongan Melayu muda mencapai impian Malaysia.
“Malah berpotensi menjadi anggota Kabinet paling muda selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (jika pembangkang menang),” dalih Kit Siang dalam satu kenyataan media di ibu negara hari ini.
Syed Saddiq yang pernah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Asia menganggotai PPBM apabila parti itu ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
PPBM kemudian menyertai gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan yang dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)
Syed Saddiq bagaimanapun kini terpalit dengan kontroversi beliau sebenarnya seorang pemuda yang suka berparti liar dan sering berpesta di kelab-kelab malam.
Beberapa gambar mirip Syed Saddiq yang didakwa berpesta liar di sebuah kelab malam sewaktu mengikuti program debat di Manila, Filipina turut tersebar di media sosial.
Syed Saddiq pada satu sidang media semalam mengakui dia `tidak boleh tidur malam’ memandangkan beberapa keping gambar yang menjejaskan maruahnya sedang tersebar.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan gambar tersebut, malah tidak menjawab soalan pemberita secara jelas sama ada ia gambar berunsur lucah membabitkan dirinya.
“Saya tidak boleh dedahkan semua perkara, ia bukan ugutan bunuh atau ugutan pukul, lebih kepada isu peribadi,” dalih beliau cuba menukar kepada topik lain. –Mynewshub.cc
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pada saya DAP bukan membuat lawak apabila mendakwa Syed Saddiq wajar diangkat sebagai model golongan muda Melayu masa kini. Itu, sebenarnya kata hasut supaya pemuda-pemuda Melayu/Islam model Syed Saddiq berjaya dipisahkan dari agamanya.  Ini strategi lama puak-puak penjajah barat menakluk pemikiran umat Islam dan akhirnya mengekalkan penjajahannya.
Maka lahirlah manusia-manusia seperti Syed Saddiq yang kini sedang ditonjolkan menjadi pemimpin parti PPBM, pimpinan Dr M/Lim Kit Siang. Kalau nak selamatkan Islam, tolaklah Parti PPBM dalam Pilihanraya 14 akan datang.

Lihat video ini, proses penghasutan ini terus berjalan.


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

1 comment:

Anonymous said...

Puak kafir harbi sentiasa berusaha melemahkan atau menghapuskan ajaran Islam dan menjauhkan umat Islam dari agama Islam kerana agama Islam mendidik manusia menjadi manusia yang berakhlak mulia.

Jika umat Islam menjauhi kemungkaran dan kesesatan, pemimpin-pemimpin kafir harbi dan sekutu mereka pemilik-pemilik industri dan perniagaan arak, judi, pelacuran, pusat hiburan maksiat dll akan menanggung kerugian besar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails