Monday, January 23, 2017

Selebriti Terkenal Bantah Donald Trump.



HALAMAN HIBURAN
Washington: Berbaju merah jambu dengan topi tajam, jutaan wanita termasuk selebriti terkenal, meredah cuaca sejuk, termasuk di London dan Amerika Syarikat menyertai perarakan di seluruh dunia membantah Donald Trump sebagai presiden baru Amerika.
Lebih 600 perarakan diadakan di seluruh dunia dengan peserta membawa sepanduk termasuk bertulis ‘Wanita tidak akan mengalah’, mengecam Trump membabitkan pelbagai isu seperti pengguguran kandungan dan perpaduan.
Dianggarkan lebih 500,000 orang, sebahagian besarnya wanita menyertai ‘Perarakan Wanita’ di Washington yang turut disertai selebriti, termasuk Katy Perry, Madonna, Scarlett Johansson, Jake Gyllenhaal, Emma Watson, Ashley Judd, Cher, America Ferrera, Kristen Stewart, Charlize Theron, Whoopi Goldberg, Cynthia Nixon, Charlotte Church, Yoko Ono, Helen Mirren, Julia Roberts, John Legend dan Amy Schumer.

Kira-kira 2.2 juta orang, sebahagian besarnya wanita menyertai perarakan itu di seluruh dunia bagi menyokong hak wanita dan hak asasi manusia dengan 100,000 memenuhi jalan raya di London.
Perarakan dan tunjuk perasaan besar turut diadakan di Paris, Berlin dan Edinburgh, Rome, Prague, Amsterdam, Stockholm, Athens, Copenhagen, New Delhi, Brussels, Mexico City, Barcelona, Manila, Toronto, Madrid, Geneva, Cardiff dan Sydney, membantah Trump sebagai Presiden Amerika yang ke-45.
Selain itu, banyak tunjuk perasaan anti-Trump diadakan di Amerika, terutama di Washington, dengan sebahagiannya bertukar menjadi ganas, memecahkan tingkap kedai, membakar kereta dan melambakkan tong sampah di tengah jalan.
Sebahagian penunjuk perasaan yang bersekutu dengan kumpulan menggelar diri mereka ‘Disrupt J20’, ditahan polis. Nama ‘Disrupt J20’ itu diambil sempena tarikh pelantikan Trump . 

Sementara itu, Setiausaha Akhbar White House, Sean Spicer (gambar kecil) mengecam pemberita kelmarin kerana “menerbitkan laporan palsu” yang didakwanya berleluasa sejak 30 jam Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar DailyMail kelmarin.

“Ini merupakan jumlah penonton paling ramai menyaksikan angkat sumpah Presiden AS sama ada yang hadir sendiri atau menontonnya di kaca televisyen, Muktamad!,” kata Spicer pada sidang akhbar itu.
Beliau berang dengan media AS yang didakwa memperkecilkan majlis angkat sumpah Trump.
Spicer berkata, bilangan sebenar penonton yang hadir di Wa­shington bagi majlis ang­kat sumpah itu gagal diperoleh, namun beberapa agensi media melaporkan jumlah mereka sekitar 250,000 orang. (IH)
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails