Tuesday, January 24, 2017

Buaya Darat Tak Bahaya? Lihat Buaya Gergasi Di Florida Ini...

Buaya Gergasi Rentas Semak Berjaya Dirakam Di Florida

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung


AKSI seekor buaya gergasi yang selamba berjalan merentasi semak samun berjaya dirakam Circle B Bar Reserve di Lakeland, Florida, Amerika Syarikat.

Reptilia yang dianggarkan seperti sepanjang sebuah van mini itu dirakam pada 15 Januari lalu oleh penduduk setempat dan menjadi sensasi menerusi laman Facebook.
Kelibat reptilia itu merangkak keluar dari semak samun tidak ubah seperti babak dalam filem dinosaur terkenal, Jurassic Park.
Menerusi video tersebut, beberapa individu dilihat sibuk merakam aksi buaya gergasi itu merangkak perlahan-lahan (slow motion) sebelum hilang di sebalik semak samun.
Buaya terbabit malah kelihatan seakan-akan tidak perasan dengan kehadiran orang ramai yang terkesima pula merakam aksi pergerakannya.
Seorang pengguna Facebook, Kim Joiner, sempat merakam sendiri kelibat buaya gergasi itu di hadapannya sebelum berkongsi di laman Facebook menyatakan keterujaannya melihat reptilia tersebut.
“Buaya-buaya di sini memang kerap merentas (ke paya lain), dan saya lihat yang ini sedang menghampiri, jadi saya tidak takut, saya hanya berikannya ruang. Haiwan ini hanya mahu merentas dari paya ke paya lain,” kata Joiner kepada portal Huffington Post.
Buaya Gergasi Rentas Semak Berjaya Dirakam Di Florida
Tahun lalu, sekumpulan pemain golf di Padang Golf Buffalo Creek, Florida, turut terkejut apabila seekor buaya besar tiba-tiba muncul merangkak di padang tersebut.
Buaya paling besar pernah ditangkap di Florida setakat ini berukuran kira-kira 4.6 meter dan berat 362 kilogram. Sumber: Berita MediaCorp

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

PERHATIAN

Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails