Wednesday, January 25, 2017

Skandal Tun M/BMF Dibongkar CIA.. Tak Heran, Kerana..

CIA Dedah Dokumen Skandal Tun M Dalam BMF

KUALA LUMPUR – Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Tun Dr. Mahathir Mohamad, menurut laporan portal berita.

The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.
Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan.
Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata portal itu memetik kertas siasatan CIA bertarikh Mac 1985 bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”.
Tidak mungkin kerajaan tidak tahu mengenai peningkatan had pinjaman Bank Bumiputera bagi cawangan luar negaranya bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong,” katanya.
Pendedahan dokumen itu berlaku ketika Dr Mahathir sedang mengkritik cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengendalikan skandal 1MDB, syarikat pelaburan milik negara yang sedang disiasat beberapa agensi asing termasuk Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Mahathir pada Mei 2015 berkata skandal BMF tidak boleh dibandingkan dengan 1MDB kerana katanya Najib memegang jawatan dalam syarikat pelaburan itu, sementara beliau ketika menjadi perdana menteri tidak ada kedudukan dalam BMF.
Skandal BMF menggemparkan pada awal 1980-an, selepas ia mendedahkan cawangan banknya di Hong Kong menyediakan “pinjaman tidak lancar” kepada beberapa syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat diterajui George Tan.
Ratusan juta dolar hilang sekelip mata apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, sekali gus menjadi kes kebankrapan paling teruk di Hong Kong.
Seorang juruaudit Bank Bumiputera yang menyiasat skandal itu malah dibunuh, dan kerajaan membawa masuk berbilion-bilion ringgit konon untuk membantu Bank Bumiputera.
Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat skandal itu tetapi berakhir tanpa sebarang pendakwaan rasmi di mahkamah.
Pengerusi BMF, Lorrain Esme Osman ironi terpaksa hidup dalam buangan di luar negara sehingga kematiannya di London, Britain pada 2011.
The Asian Correspondent memetik dokumen CIA sebagai berkata: “Tidak mungkin kerajaan tidak tahu peningkatan had pinjaman bagi cawangannya di luar negara bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong.
Tindakan itu diambil selepas dikatakan wang Tan daripada sumber lain sudah habis,” katanya.
Dokumen itu berkata kedua-dua Mahathir dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, yang pada masa itu ialah menteri perdagangan dan industri, mempunyai ikatan rapat dengan mereka terbabit, termasuk pengerusi bank itu, Nawawi Mat Awin.
Aspek yang paling merosakkan dalam hal itu ialah kaitan Tan Sri dengan mereka dalam UMNO, diketuai Mahathir dan gabungan parti dominan dalam kerajaan,” kata laporan CIA.
Kerahsiaan siasatan kerajaan – mempertahankan seperti yang diperlukan di bawah undang-undang kerahsiaan perbankan Malaysia – dan tempoh lewat setahun selepas masalah itu timbul menjejaskan perubahan pengurusan di BMF menyebabkan kerajaan disyaki.
Ramai ahli perniagaan dan pegawai bank percaya kerajaan menggunakan 6 tertuduh yang juga pegawai BMF sebagai ‘kambing hitam’ dalam usaha mengelak mengaitkan pegawai kanan kerajaan,” katanya.
Sumber: FREE MALAYSIAN TODAY

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak hairan jadi begitu, kerana parti yang disertai Dr M pemimpin No 1 waktu itu, adalah parti sekular, mambina kerajaan sekular. Kerajaan yang berdasarkan falsafah pemisahan antara hidup di dunia dengan akhirat. 

Yakni hidup di dunia tiada kena mengena dengan kehidupan negara Akhirat. Buat zalim apa pun tak apa, tidak takut pembalasan Allah SWT di akhirat. Tidak 'ittaqullah'!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails