Thursday, January 26, 2017

Al-Shabab, Rangkaian Al-Qaeda Serang Hotel Di Somalia.















 REUTERS - PEMANDANGAN selepas letupan di hadapan Hotel Dayah di Mogadishu, Somalia semalam.
MOGADISHU – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila dua ken­deraan sarat dengan bahan letupan diletupkan di luar pintu masuk sebuah hotel di ibu kota Somalia, Mogadishu, kata polis dan saksi semalam.
Pegawai polis tempatan, Mohamed Dahir berkata, letupan pertama berasal dari sebuah lori berisi bahan letupan yang berada di hadapan Hotel Dayah.
“Letupan kedua berpunca daripada sebutir bom yang diletakkan di dalam sebuah kereta berhampiran hotel ini,” katanya.
Menurutnya lagi, pejuang-pejuang kumpulan pengganas Al-Shabab kemudian menyerbu Hotel Dayah yang popular dalam kalangan ahli perniagaan dan pegawai kerajaan.
Bunyi tembakan boleh didengari di kawasan itu.
“Angka kematian dijang­ka meningkat kerana terdapat sejumlah mangsa yang mungkin terperangkap di dalam hotel tiga tingkat ini,” kata pegawai keselamatan lain, Moha­med Hassan.
Polis memberitahu, antara yang maut terma­suk empat anggota pasukan keselamatan dan 11 orang awam, manakala 51 yang lain cedera.
Dua letupan kuat itu menggegarkan bandar Mogadishu dan mengakibatkan berpuluh-puluh tingkap di kawasan itu pecah, kata beberapa saksi.
Kereta-kereta yang diletakkan berhampiran hotel tersebut juga rosak akibat terkena serpihan letupan, kata mereka lagi
“Letupan ini berlaku di kawasan yang sibuk, ramai yang mati,” kata seorang pekedai Abdullahi Abdi.
Kumpulan Al-Shabab mengaku bertanggungjawab melancarkan sera­ngan itu dalam satu kenya­taan oleh stesen radio propemberontak, Andalus.
“Sekumpulan pejuang kami (Al-Shabab) menyerang hotel tersebut,” kata pengumuman itu. Al-Shabab yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Somalia mempunyai hubungan dengan rangkaian Al-Qaeda. – dpa


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails