Wednesday, January 25, 2017

Hairan Dengan Sikap Terbaru PKR Kedah.. -Dr Mohd Hayati.

Hasil carian imej untuk dr mohd hayati othman
PKR Kedah dinasihatkan supaya tidak bernada angkuh. Menjadi satu jenaka apabila PKR begitu yakin dapat mengetepikan PAS hanya dengan ramalan 'syok sendiri', tetapi tidak menerusi kajian secara objektif di lapangan.

Jentera PAS yang selama ini menyumbang tenaga dan wang ringgit sedang memerhati gelagat mereka. 

"Saya hairan dengan sikap PKR, dengan kenyataan seperti ini seolah-olah lupa mengukur baju di badan sendiri." Kata Dato' Dr Mohd Hayati bin Othman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah melalui sumber PAS semalam.

Namun dalam hal ini, PAS Kedah tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang pendirian tetapi berwaspada dengan sikap terbaharu yang diambil oleh PKR itu.

"Kenyataan Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail bahawa 'PAS akan menderita' dalam PRU 14 adalah suatu provokasi politik yang boleh menggugat tahalluf siyasi antara PAS dan PKR di negeri ini.

"Apakah kenyataan berkenaan membayangkan bahawa PKR Kedah mahu mengisytiharkan terungkainya tahalluf siyasi yang dibina selama ini? 

"Atau kenyataan itu lebih bersifat untuk menggertak PAS supaya tunduk kepada sebarang keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan yang tiada kena mengena dengan PAS?"

Ulas Dr Mohd Hayati.

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails