Friday, January 27, 2017

Kerjasama, PPBM Muhyiddin Jumpa MB Kelantan Petang Tadi





KOTA BHARU: Petang tadi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin berjumpa Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Pertemuan hampir dua jam itu berlangsung di JKR 10 petang tadi. tAntara perkara yang dibincangkan termasuklah hal yang berkaitan kerjasama bagi menghadapi PRU14 nanti.

“Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lebih mencabar,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas melakukan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan. Selain itu, Muhyiddin turut memberitahu bahawa akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi PAS Febuari nanti.

Pertemuan itu sebagai lanjutan hasil pertemuan yang pernah diadakan sebelum ini bagi membentuk kerjasama yang lebih erat. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagaimanapun enggan mengumumkan tarikh pertemuan itu walaupun telah ditetapkan kedua belah pihak.

Jelasnya lagi, pertemuan yang bakal berlangsung itu sebagai susulan untuk membincangkan draf  yang telah dikemukakan sebelum ini. Tambahnya, secara umumnya draf ke arah kerjasama telah dipersetujui, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.


Sehubungan itu Mahyuddin berkata, beliau akan mengambil perhatian terhadap pandangan Menteri Besar itu sebaik mungkin. Jelasnya, daripada pertemuan itu beliau dapati Timbalan Mursyidul Am itu begitu ikhlas terhadap apa yang dibincangkan.

Sempena pertemuan itu juga, Muhyiddin turut memaklumkan pihaknya akan menyerahkan 24 buah rumah kepada mangsa banjir 2014 di Kuala Krai esok.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Pengarah Pilihan Raya Negeri, Zulkifli Mamat, Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Nordin Salleh. – HARAKAHDAILY 26/1/2017

Tambahan: Program tertutup bersama Dato'Seri Tuan Guru Presiden PAS di Putik Kelantan.
Program tertutup bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa, Kelantan mengenai isu-isu semasa politik menjelang PRU-14


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails