Sunday, January 22, 2017

Formula 4319, PAS Lenyap Di S'gor, Sebelum PRU 14.



KUALA LUMPUR – Jika benar dokumen Formula 4319 Selangor nampak sangat kerajaan negeri yang diperintah PKR mahu ‘menghapuskan’ Pas sebelum pilihan raya umum.
Dokumen yang menjadi tular di media sosial hari ini kononnya senarai nama yang disediakan oleh Rafizi Ramli untuk calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Selangor.

Dokumen bertarikh 23 November itu ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Menurut sumber, nampak sangat PH sejak dahulu lagi ‘tolak’ Pas dalam senarai walaupun ketika itu PPBM masih berhasrat bekerjasama dengan Pas untuk konsep ‘satu lawan satu’ dengan BN.

Awal-awal lagi kerusi yang dahulu milik Pas diagihkan kepada PAN dan PPBM.

Berdasarkan dokumen itu, 22 kerusi parlimen diagihkan kepada PKR (10); PPBM (4); DAP (4) dan PAN (4).

Walaupun ia bukan rasmi namun ia sekaligus membenarkan kenyataan Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu baru-baru ini mendedahkan kajian INVOKE yang Pas akan lenyap selepas PRU-14.

Nampaknya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR terpaksa akur dalam gerakan PH untuk ‘mengeluarkan’ Pas dari negeri itu walaupun kini mereka masih bersama membentuk exco kerajaan negeri yang diwarisi semasa Pas menyertai Pakatan Rakyat lalu.-MalaysiaGazette

10 comments:

Anonymous said...

Apa perlu dikesali... PAS kan bukannya gabungan PH!

Unknown said...

PAS sendiri berkata, mahu jadi KING MAKER.
Jadi, tak perlulah nak bising-bising kalau PAS tak
disenaraikan sebagai clon dalam geng PAKATAN HARAPAN
untuk PRU14. Kita kena bertanggongjawab di atas
keputusan yang kita ambil, bukan menyalahkan orang
lain atau TAKDIR.

Ir Anonymous said...

Untuk pengetahuan cik minah memang kami tak berapa ada hati utk bekerjasama dgn parti lainyg masih tidak memahami citra pas yg inginkan islam.. harap pas dan blog ke 3nya mula memikirkan utk mengekalkan bertanding di kerusi yg ditandingi pada pru13 sambil standby in case perlu bertanding di tempat lain jika kerusi pas diganggu di kelantan.. simple..

Unknown said...

Baguslah - stick to this cause.
Jangan hari ni cakap nak jadi KING MAKER, esok cakap
nak kerjasama dengan UMNO, lusa kutuk umno, tulat
kutuk PPBM, langkat mahu bekerjasama dengan PKR &
PPBM je, tak mahu Amanah dan DAP. Last-last, mahu
kerjasama dengan PH tapi mahu tanding semua kerusi!!!
INI TAMAK HALOBA, namanya.
Orang tamak selalu rugi,
macam anjing dengan bayang-bayang.

Ir Anonymous said...

Cik Minah,

Mudah sahaja nak jawab soalan anda yg menunjukkan anda keliru akan the real senario..

Being king maker memang sudah pas jangkakan dari awal.

Memang akan terus berlaku kerjasama dgn umno dlm hal ehwal islam dan kebajikan rakyat dan akan berlaku kutukan atas segala kebobrokan oleh umno dan bukannya sokong membabi buta spt pan kepada dap.

Kerjasama dgn pkr dan ppbm masih berjalan (selagi mereka tidak menolak islam sebagaimana dap dan disokong oleh baruanya) kecuali jika ada perkembangan sebaliknya. Kami akan akur atas apa jua keputusan pucuk pimpinan pas. Bab pan dan dap buat masa ni memang kami tak lalu maaf yea.

Pas tak pernah tamak haloba bab kerusi sebab tu pas pernah mengalah dalam pembahagian kerusi kepada semangat 46 dan kini pkr.

Sekian..

Anonymous said...

Di Selangor, Pas tak malu melutut jd barua PKR, DAP dan Amanah.kahkahkah

Sblm ni tuang presideng cakap besar Pas masuk bertanding pru bkn utk menang tapi la ni siap ugut nak jd kingmaker pulak dahh..tak sedar diri Pas akan melingkup di semua negeri termasuk tuang presideng munafik bersiri.

Anonymous said...

PAS skrg dah jd King Problem Maker pimpinan lebai munafik bersiri.

Anonymous said...

Jurutera pendek ni merapu lagi. Adios ler cepat.

Ir Anonymous said...

10:44.. sekarang sape yg melutut? Tuan kamu ler melutut pujuk pas.. tuan kamu tak bagitahu kamu ke wahai pan.. patutlah tak perlu bagi tahu sebab hanya khodam 2% shj dan disahkan oleh rapiji... kesian kesian kesian..

Ir Anonymous said...

Sape yg patut adios? 24% atau 2%? Kesian..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails