Sunday, January 22, 2017

Kisah Seorang Penoreh Getah Di Jabi..



JABI tempat ramai penoreh getah. Menjadi warga Jabi kita perlu ada pengetahuan tentang getah. Yang naik RM10 ialah Standard Malaysia Rubber  (SMR 20). 


SMR 20 maknanya getah siap proses yang sedia untuk dibuat tayar. Bukannya pok getah @ getah sekerap yang dikutip dan ditimbang penoreh dalam kebun getah. Sebelum ni getah SMR 20 pernah sampai RM15 sekilo. Apa yang gahnya sekarang bila harga SMR naik kepada RM10 sekilo?

Hakikatnya getah sekerap pada musim tengkujuh ini harganya turun naik dalam masa seminggu dua ini antara RM4 hingga RM5 sekilogram. Agak meningkat berbanding sebelum ini sekitar RM3 lebih.

Tapi jangan ingat penoreh getah boleh menoreh sepanjang tahun sebagaimana Pak Menteri dapat gaji dan elaun setiap bulan sepanjang tahun. 
Sejak 2 hari lepas, hujan turun dengan lebatnya di sekitar Negeri Terengganu dan Kelantan. 

Kawasan Dun Jabi tak terkecuali sehingga beberapa kawasan kampung mula dinaiki air pada malam semalam. Antara lokasi terlibat ialah Kampung Padang Lengkuas, Kampung Tok Dor, Kg Dalam Huma, Kampung Kerandang dan Kampung Pondok Paku yang dihuni ramai warga yang memiliki pisau toreh di rumah.


"Dari sejak awal pagi, saya bersama petugas PAS Jabi, kami bergerak ke segenap ceruk kampung yang dinaiki air di Jabi, menyantuni mangsa banjir sekadar daya dan upaya." Tulis Dr Azman Ibrahim, Harakah 22 Jan 2017.



Seterusnya, beliau melihat kawasan kebun getah yang dinaiki air dan hujan yang terus turun mencurah, hati saya digamit pilu. Ternyata bila dilihat dalam cawan yang tergantung di batang getah, cawan getah tersebut yang sepatutnya mengandungi susu getah, hari ini malah sejak beberapa hari yang lepas hanya dipenuhi air hujan.

Air hujan walau ianya memenuhi cawan susu getah,  tetap tak laku untuk dijual. Ketika ini kalau harga getah sekerap naik mencecah RM15 sekilogram sekalipun, ianya hanyalah satu gurauan yang tak lucu bagi masyarakat penoreh.

Tiada yang memahami derita penoreh getah kecuali mereka yang mengerti.

Tak lama lagi selepas habis musim hujan, pokok getah akan melalui musim daun luruh. Bila daun luruh, pokok getah akan berehat dari mengeluarkan susu. Daun-daun yang berguguran juga tak laku untuk dijual.

Inilah kitaran rezeki seorang penoreh... (Disunting dari Harakah).

9 comments:

Anonymous said...

Horrey...horrey...horreyyy.....
banjir datang lagi banyak bantuan yg akan aku dapat nanti....
siang relex2 saja...
malam buat anak....

Unknown said...

Aku dok crita hidup orang motong susah lagu mana bukan ada sapa kesah. Ada ahli parlimen pon bukan nak bela nasib kami. Ba mai masa mengundi pakat mai tadah muka mintak tulong pangkah.

*Tak kira la sapa pon, sama saja.

Unknown said...

Dok sangka ada perangai serupa bangang

Ir Anonymous said...

Inilah akibatnya ada kerusi parlimen pun kerusi yg dicuri pula..

Anonymous said...

Ingat pas..ingat surga..
Lupakan yg lain..

Ir Anonymous said...

Alhamdulillah.. memang itulah harapan pejuang islam di mana2 pun.. diharap musuh islam ditempatkan bersama para munafikun dan kafir harbi di akhirat jelak..

Anonymous said...

Syurga Pas di Krabi.

Unknown said...

Jangan marah sangat Ir.
Orang tua2 kata kalau benci sangat lama2 tukaq jadi sayang.

Ir Anonymous said...

Tak marah ban khong.. cuma nak ingatkan khodam dap ni yg mereka tu hanya 2% tapi memandai kata org lain tahap sampah.. tapi mungkin betul juga 24% tahap "sampah".. manakala 2% pula tahap najis cirit lah tu!..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails