Wednesday, January 25, 2017

Boleh Kuasai O/Melayu, Boleh Tadbir M'sia -Abd Hadi.




PENGKALAN CHEPA: Sejarah membuktikan mana-mana parti politik yang boleh menguasai orang Melayu berpeluang mentadbir negara. Ini berasaskan pengundi Melayu sehingga sekarang adalah kumpulan dominan di negara ini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata parti yang boleh menguasai orang Melayu mereka boleh menguasai negara. Katanya sejak dahulu sehingga sekarang Umno yang masih menguasai politik orang Melayu.

"Dalam usaha kita hendak mendekati peluang itu bukan bermakna kita ketepi kaum-kaum lain dalam suasana masyarakat majmuk di negara ini," katanya pada taklimat isu semasa menjelang pilihan raya umum ke-14 di Putik malam tadi.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakub, Naib Presiden Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan pimpinan utama PAS Kelantan.

Program tersebut bermula dengan solat Maghrib, kuliah agama, solat Isyak dan solat hajat. Petugas pilihan raya PAS dari seluruh Kelantan memenuhi ruang dewan besar dan lobi Putik. Biarpun banyak tempat masih ada kesan banjir namun tidak menghalang mereka datang.

PAS Kelantan kini semakin kerap menganjur program parti dan penjelasan isu semasa. Minggu lepas pelancaran Institut Latihan PAS dan himpunan menyokong pindaan Akta 355. Himpunan di padang Majlis Daerah Machang dihadiri lebih 10,000 petugas parti dan penduduk tempatan.

Malah banyak PAS kawasan di Kelantan telah melancar jentera pilihan raya, sebagai persiapan awal menghadapi PRU 14 tidak lama lagi. TG Abdul Hadi berkata, mengambil kira kekuatan pengaruh orang Melayu, PAS tampil dengan mengetengahkan acuan politik Islam.

"Sebab itulah PAS tawarkan budaya politik matang dan sejahtera dengan mendekati semua pihak yang boleh menerima Islam sebagai teras perjuangan," ujarnya.

Ustaz Ahmad pula berkata kedatangan ramai petugas pada program tersebut membuktikan kesungguhan mereka bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang. - HARAKAHDAILY 25/1/2017

7 comments:

Anonymous said...

Parti Assobiyah Semalaysia.

Unknown said...

Bhg kutuk jer mung tunjuk muka takut pahtu tembak

Anonymous said...

Walaun biol Parti Ajaran Syiah terasa ke?

Ir Anonymous said...

Mat sabu yg terasa kut sebab korang dah taknak kaitkan dia dgn ayatollah iran lagi..

Anonymous said...

Parti Ajaran Syiah berimamkan Ayahtollah Hadi 90juta.

Takbur!

Anonymous said...

Nak tanya tun m...betoi ke anwar benar2 meliwat..

Anonymous said...

Lebih baik tanya lebai Hadi..

Parti Ajaran Seks..PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails