Friday, August 12, 2016

Pokemon Go, Apa Kata Prof Yusuf Qardhawi & Ulama..

PADA 2001, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga akal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini.
Qaradhawi juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau mengenai hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman.
Beliau mengetengahkan beberapa sebab sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan, iaitu:
1. Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman;


2. Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli;



3. Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal;



4. Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung;


5. Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya; dan

6. Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.


Dalam pada itu, Majlis Ulama Tertinggi (Hai’ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik.

Antara alasan diberikan ialah watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memiliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.

Dilaporkan juga masjid sebagai tempat ibadat umat Islam turut dijadikan ‘PokeGyM’, platform yang digunakan sebagai medan pertarungan bagi pemain yang sudah mula mencapai tahap lima permainan.

Baik juga Arab Saudi melarang kemasukan Pokemon Go. Jika tidak mungkin Masjidil Haram, Kaabah atau Masjid Nabawi menjadi PokeStops. Orang bersolat dan bertawaf, tetapi pemain Pokemon Go memburu ‘dewa dan raksasa’. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

DI WAKTU KAFIR HARBI DAN MUNAFIK LIBERAL BERSATU PADU MENGHINA, MEMBURUK-BURUKKAN DAN MENENTANG AGAMA ISLAM, UMAT ISLAM BERPECAH BELAH DAN MENJADI LEMAH KERANA TERLALU CINTAKAN KEHIDUPAN DUNIA.

SESUNGGUHNYA KAFIR HARBI DAN MUNAFIK LIBERAL TELAH MELAMPAUI BATAS KERANA MEREKA TIDAK MENGHORMATI HAK UMAT ISLAM MENGAMALKAN AJARAN ISLAM DAN HUKUM ALLAH.

WAHAI UMAT ISLAM...KEMBALILAH KEPADA AJARAN ISLAM DAN HUKUM ALLAH DAN BERSATULAH MENENTANG MUSUH ALLAH..

Anonymous said...

Yang mengaku islam pun jdi pejuang liberal...bodohnya mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails