Thursday, August 11, 2016

Fanatik Di Eropah, UAE Arah Warganya Tanggal Hijab Muka Di Switzerland.

UAE Arah Wanita Warganya Tanggal Burka Di Switzerland

ABU DHABI – Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Geneva, Switzerland mengarahkan wanita rakyatnya tidak memakai burka susulan pengharaman pemakaian tudung muka purdah di beberapa wilayah negara Eropah itu.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial Twitter rasmi, kedutaan tersebut juga meminta wanita UAE supaya mematuhi undang-undang tempatan berpakaian di kawasan awam terbuka yang mula berkuat kuasa pada Julai lalu di sebahagian besar daripada Switzerland.
“Wanita Emirati yang mahu bercuti di Switzerland harus mengelakkan diri daripada memakai burka di beberapa wilayah tertentu ekoran pelaksanaan peraturan antaranya Lugano, Locarno, Magadino, Bellinzona, Ascona dan Mendrisio,” kata kenyataan kedutaan berkenaan.
Switzerland mempunyai 26 wilayah atau disebut canton namun sebahagian besar tidak melaksanakan larangan pemakaian burka antaranya canton Geneva, Zurich dan ibu kota Bern sendiri kerana penduduknya mudah menerima kehadiran ramai warga asing.
UAE Arah Wanita Warganya Tanggal Burka Di Switzerland
UAE Arah Wanita Warganya Tanggal Burka Di Switzerland
Wanita termasuk pelancong asing yang ditahan kerana memakai burka di khalayak awam boleh didenda 10,000 franc (RM41,083) dan kadar itu jauh lebih tinggi berbanding Perancis yang turut melaksanakan larangan tersebut dengan denda hanya €150 (RM670).
“Kami menasihatkan semua warga Emirati agar mematuhi undang-undang setempat dan elakkan diri duduk di restoran atau kafe sesak serta tidak meletak jubah atau bagasi di atas kerusi selain menjaga barangan peribadi di tempat awam,”kata kenyataan kedutaan tersebut.
Pejabat Misi Diplomatik UAE di Geneva turut meminta rakyatnya yang mengembara di Switzerland untuk tidak melanggar peraturan jalan raya kerana jika ingkar, pesalah perlu membayar denda sebelum dibenarkan pihak imgresen keluar meninggalkan negara berkenaan.
Ini termasuk kesalahan lazim iaitu memandu melebihi had laju dan parkir awam manakala rakyat asing juga dinasihatkan untuk tidak membawa wang tunai yang banyak dalam dompet ketika mengembara di seluruh Switzerland. – Agensi

Lagi, Eropah yang fanatik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails