Tuesday, August 09, 2016

Pokemon Go, 349 Orang Disaman Kerana Main Semasa Memandu.

 EPA - SEBUAH telefon pintar memaparkan permainan Pokemon Go di Taipei, Taiwan pada Sabtu lalu.
TAIPEI – Hampir 350 pemandu di Taiwan disaman kerana mereka bermain permainan realiti maya, Pokemon Go menggunakan telefon pintar ketika memandu.
Sejumlah 349 saman itu dikeluarkan sejak Pokemon Go dilancarkan di Taiwan pada Sabtu lepas dengan majoriti pesalah merupakan penunggang motosikal, demikian menurut Agensi Polis Nasional.
Pemandu kenderaan berdepan saman NT$3,000 (RM383) jika ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa memandu, manakala saman bagi penunggang motosikal pula ialah NT$1,000 (RM127)
Dalam pada itu, akhbar Apple Daily melaporkan, seorang pemuda berumur 20 tahun di New Taipei City mengalami retak lutut selepas terjatuh dari motosikalnya pada Sabtu lepas gara-gara leka bermain Pokemon Go.
Di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei pula, pihak berkuasa melarang pelawat bermain Pokemon Go di dalam dewan pamerannya yang menempatkan artifak berharga berusia sehingga 7,000 tahun bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Walaupun Pokemon dipuji kerana menggalakkan orang ramai menjadi lebih aktif, pihak berkuasa Taiwan memberi amaran kepada pemain supaya sentiasa berwaspada.
“Tangkap makhluk yang jarang ditemui ini tetapi janganlah sampai terlibat dalam kemala­ngan,” kata Perdana Menteri Lin Chuan di laman Facebook Kabinet Taiwan. – AFP

3 comments:

Anonymous said...


Kedai Mat Labu jual baja,
Baja dijual di pantai berahi,
Dapig dan Kuali sama sahaja,
Para pemimpin bergelumang tahi.

Jadi tentera untuk berbakti,
Tangkap Gone End dalam pesta,
Menfitnah orang tanpa bukti,
Tanda DA-Pig suka berdusta.

Anonymous said...

Pergi Afrika lihat badak,
Lihat badak main ragbi,
Pencacai DA-Pig makan dedak,
Perangai munfiqun seperti babi.

Gone End dan pencacai semua sama,
kepala tahi sangat celaka,
Memuja harbi menfitnah ulama,
Tanda makhluk ahli neraka.

Anonymous said...

Pergi PP beli baja,
Ditipu Gone End lalu berkelahi,
Sifu dan pencacai DA-Pig sama sahaja,
Kepala tahi dan ekor tahi.

Mari lihat rama-rama,
Semua berwarna cantik belaka,
Gone End dan pencacai semua sama,
Kepala tahi sangat celaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails