Friday, August 12, 2016

Ini, 2 Wanita Tempatan Jalankan Kegiatan Pelacuran Di Pusar Karaoke Terbongkar?

Aktiviti gelap dua wanita terbongkar
Wanita yang dipercayai melakukan aktiviti pelacuran (kanan) ditahan bersama pelanggannya (kiri) dalam serbuan oleh penguatkuasa syariah.

KUALA TERENGGANU – Terdesak dan tiada kerja lain, itu antara alasan diberikan oleh dua wanita tempatan yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah pusat karaoke di bandar raya ini.

Aktiviti gelap dua wanita berusia 40-an itu terbongkar setelah mereka ditahan oleh 20 pegawai dan penguat kuasa syariah ibu pejabat dan Pejabat Agama Kuala Terengganu dalam satu operasi khas jabatan itu Jumaat lalu.

Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri (JHEAT), Mohd Azam Awi berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang melayan pelanggan, iaitu warga Nepal dan Myanmar di dua bilik berasingan.

“Dalam serbuan itu, kita turut menahan seorang pelanggan manakala seorang lagi dilepaskan kerana bukan beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, suspek menyewa bilik karaoke itu untuk melakukan aktiviti pelacuran bersama pelanggan yang kebanyakannya warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan mengenakan bayaran sebanyak RM50 sekali perkhidmatan.

Mohd Azam berkata, ketika disoal siasat kedua-dua wanita berstatus janda itu mendakwa terdesak untuk menyara anak-anak sebagai alasan mereka melakukan aktiviti pelacuran.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana persediaan melacurkan diri yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara 3 tahun atau disebat tidak lebih enam sebatan jika sabit kesalahan.

Katanya, operasi khas selama sejam bermula pukul 2 petang itu diketuai Penolong Pesuruhjaya Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Amirul Akram Mohd Hajazi dan ia akan diadakan dari masa ke semasa bagi mengekang aktiviti tidak bermoral. (SH)

4 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/12/g25-mahu-hukuman-khalwat-dimansuh-undang-undang-syariah-dipinda/

G25 mahu hukuman khalwat dimansuh, undang-undang syariah dipinda

BANGI, Isnin – Kumpulan 25 tokoh Melayu profesional atau G25 mencadangkan hukuman khalwat dimansuhkan kerana didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Memetik laporan Utusan Online hari ini, kumpulan itu juga mahu sebuah jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Jurucakap kumpulan itu, Datuk Noor Farida Ariffin dipetik sebagai berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, G25 menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

Beliau berkata, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu.

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di ibu negara.

Noor Farida berkata, pelaksanaan undang-undang syariah menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.

“Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,” tegasnya.

Hadir sama, Penasihat G25, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M Redzuan Kushairi.

Katanya, G25 akan mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka.

Sehubungan itu, G25 mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

M Redzuan pula dipetik sebagai berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk ‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.

“Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan,” jelasnya.

G25 sebelum ini pernah menangguhkan sesi dialog bersama pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), yang dijadualkan pada 24 Ogos lalu.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/12/g25-kumpulan-jahil-semakin-menyesatkan-umat-islam/

G25 kumpulan jahil, semakin menyesatkan umat Islam

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini mengecam kumpulan penjawat awam G25, yang kononnya profesional Melayu, yang dilihatnya semakin lama semakin sesat.

Sambil menyifatkan kumpulan itu diketuai oleh seorang wanita gondol, beliau berkata, kumpulan ini amat berbahaya jika dibiarkan berleluasa.

“Kenyataan mereka semakin lama, semakin menyesatkan. Peliknya, perkara batil dan jahat tidak pula dibantah. Orang mahu menjadi baik, menjadikan dia marah. Kumpulan ini amat bahaya jika dibiarkan berleluasa, kerana dia boleh menyesatkan manusia.

“Akibatnya, jika si jahil ini berleluasa, maksiat akan turut bermaharajalela. Maka, akan berpestalah maksiat. Tidak ada lagi yang peduli dengan orang hal lain. Jaga tepi kain sendiri, jangan jaga tepi kain orang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi tulisan terbaru bertajuk ‘Jika jahil, bertanyalah pakar’ yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini.

Baru-baru ini G25 lantang berkata mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

Jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin menegaskan bahawa perbuatan khalwat di tempat persendirian adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam.

Mengulas lanjut, Ustaz Ridhuan Tee berkata, untuk mengelakkan kita terjebak dengan kejahilan kumpulan itu, kita perlu mengenali ciri-ciri yang ada pada mereka.

Antara cirinya ialah yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar. Mereka bermati-matian mempertahankan pendapat yang disangka betul, walhal batil.

Selain itu si jahil ini dengan mudah mengutuk ulama jika pendapat ulama itu tidak mengikut nafsu dan ideologi mereka, sedangkan, ulama mengeluarkan pendapat bersandarkan al-Quran dan Sunnah, si jahil ini menggunakan logik akal, malah ada di antara mereka yang tidak boleh membaca al-Quran.

“Saya tidak kata semua ulama itu betul dan kita perlu taksub kepada mereka. Tetapi itulah bidang kepakaran mereka, maka rujuklah jika ada ilmu yang bukan dalam bidang kepakaran kita.

“Bahkan si jahil ini begitu mudah membela orang jahil, daripada mereka yang berilmu. Jarang kita dengar kenyataan mereka menentang hak asasi manusia, seperti LGBT. Kerap kali mereka mengutuk ulama dan menghina undang-undang Islam.

“Hari ini mereka mahu menghalalkan khalwat, katanya ia urusan peribadi. Adakah mereka selama ini suka dan tidak melarang anak-anak mereka berkhalwat?,” soalnya.

Hakikatnya, Ustaz Ridhuan Tee berkata, si jahil ini banyak terpengaruh dengan ajaran sesat seperti illuminati dan freemason yang menjadi perosak Islam.

Katanya, kumpulan ini mempercayai kepada satu kuasa yang mereka puja yang mereka kenali sebagai ‘tuhan atau god’.

“Tuhan yang mereka kenali sebagai the all seeing-eye, mata yang dapat melihat segala sesuatu. Itulah mata satu yang selalu digunakan. Simbol ini terdapat pada wang kertas Amerika, USD1.

“Ajaran ini tidak percaya kepada agama, lebih kepada membawa manusia menyembah syaitan. Kumpulan ini amat berbahaya jika mereka menguasai media elektronik.

“Antara lain mereka hanya mengambil petikan al-Quran yang berpihak kepada mereka. Walaupun ada yang boleh membaca al-Quran, mereka akan memilih ayat al-Quran tertentu bagi menjustifikasikan tindakan.

“Misalnya, pada mereka wanita tidak wajib menutup kepala. Sebab itu, ramai yang gondol. Tidak mustahil golongan solat hanya menggunakan niat sahaja,” katanya.

Ustaz Ridhuan Tee menyifatkan kumpulan G25 ini mempercayai undang-undang manusia lebih daripada undang-undang Allah, berbangga dengan perlembagaan penjajah daripada al-Quran dan Sunnah.

“Yang mana perpecahan sesama sendiri akan menjadi semakin menjadi-jadi. Ultra kiasu yang menang dan terus mengambil kesempatan.

“Akhirnya, tidak mustahil generasi akan datang menjadi semakin tenat kerana terdidik dalam keadaan jahil dan perpecahan tanpa sudah,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Kita bersetuju bahawa tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina tetapi kita bertanya di bawah gender apakah dan dalam jantina apakah terletaknya orientasi seksual LGBT? Lelaki atau perempuan? Atau ada jantina lain di sisi Dr Mujahid? Ia adalah rahsia yang terbuka bahawa LGBT bukanlah jantina. Lelaki dan perempuan ialah jantina tetapi LGBT bukan jantina. LGBT tidak lain hanyalah perlakuan sumbang yang didasarkan oleh kemahuan hawa nafsu manusia semata. Lalu mengapa ada kumpulan bersungguh-sungguh berjuang agar masyarakat dunia menerima dan mengiktiraf LGBT sebagai jantina selain lelaki dan perempuan? Tidak lain hanyalah untuk menghalalkan kemahuan nafsu serakah mereka sahaja agar tidak lagi menjadi kesalahan di sisi undang-undang dan tidak lagi dipandang jelek oleh masyarakat yang bertamadun.

Sebagai pejuang Islam rahmatan lil ‘alamin yang gigih berdialog dengan orang bukan Islam, Dr Mujahid sepatutnya telah lama jelas perbezaan antara sibghah Allah (acuan Islam) dengan acuan Barat, antara hak asasi manusia tajaan Barat yang kafir dengan hak asasi manusia yang telah digariskan sendiri oleh Allah swt dan antara pandangan alam Barat dengan pandangan alam Islam. Manusia kafir mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan logik akal semata tetapi manusia muslim mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan wahyu Ilahi.

Kita sangat berharap agar Datuk Dr Mujahid jangan mudah terpengaruh dengan idea-idea Barat yang jelas bertentangan dengan Islam. LGBT sebagai satu jantina atau LGBT duduk di bawah kategori jantina ialah idea Barat.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/07/mujahid-cakap-kosong-ulang-ulang-tuduhan-ekstrimis-macam-burung-kakak-tua/

Mujahid cakap kosong, ulang-ulang tuduhan ekstrimis macam burung kakak tua

BANGI, 11 Julai – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini membidas kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa yang mendakwa ISMA lebih perkauman daripada Perkasa.

“Pemikiran Mujahid dah celaru, tidak dapat menilai sesuatu mengikut neraca Islam yang betul,” kata Ustaz Abdullah kepada ISMAweb.

Dalam sebuah portal pro liberal, Dr Mujahid berkata ISMA bersifat rasis dan berselindung di balik agama.

“Mujahid cakap kosong. Dia hanya ulang tuduhan-tuduhan puak liberal kepada Islamis yang berusaha mempertahankan identiti dan jati diri.

“Mujahid umpama babgha’ (burung kakak tua), hanya ulang balik tuduhan ekstrimis terhadap Islamis yang berdepan dengan pencairan identiti oleh puak liberal,” kata beliau.

Ujarnya, mempertahankan identiti dan jati diri keislaman bangsa dan negara adalah intipati kepada perjuangan Islam di Malaysia.

“Mujahid orang pertama sifatkan perjuangan Islam sebagai rasis dan anggap kebencian terhadap Islam tidak rasis,” katanya lagi.

Menurut Ustaz Abdullah, mengiktiraf kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu tidak rasis dan inilah yang diperjuangkan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Dr Zulkifli Muhamad dan rakan-rakan Mujahid satu masa dahulu.

“Ekstrim dan rasis adalah sifat yang ganjil bagi Islam dan tidak pernah berlaku pada umat Islam. Ekstrim yang sebenar adalah apa yang sedang kita saksikan di Palestin oleh Yahudi, di Afrika Tengah dan Bosnia oleh Kristian, di Myanmar oleh Buddha, di China oleh komunis, dan oleh Hindu di Sri Lanka. Itulah contoh ekstrimis agama yang membunuh umat Islam,” tambahnya lagi.

“Di mana contoh orang Islam ekstrim yang bunuh penganut agama lain?” soal beliau.

Katanya, Mujahid telah membuat fitnah yang memburukkan agama dan bangsa sendiri.

“Dia dah hanyut, hanya guna ayat Al-Quran ‘Rahmatan lil alamin’ sahaja. Ayat-ayat lain yang menyentuh soal Wala’ dan Bara’ dia dah tak pakai. Pada dia kalau guna ayat itu, bermakna mempromosi kebencian,” jelas Ustaz Abdullah lagi.

Ustaz Abdullah menasihati Dr Mujahid agar kembali kepada Al-Quran Sunnah dan jamaah muslimah dan perlu banyak mengkaji untuk mengelakkan daripada terseleweng dengan ideologi kufur apabila asas ilmu dan fikrah Islam lemah.

“Saya nasihat dia agar kembali kepada Quran Sunnah dan jamaah muslimah. Itu yang ditanya dalam kubur, siapa tuhan kamu, siapa nabi, apa kitab dan siapa saudara. Saya bimbang otak Mujahid dah diselewengkan oleh elemen Yahudi dan Nasrani di sekitar dia,” kata beliau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails