Saturday, August 13, 2016

Gagasan Sejahtera Nama Blok Baharu PAS-Ikatan

pas-ikatan-2

SEKIRANYA dahulu mereka hanya dipanggil sebagai Blok Ketiga; hanya semata-mata untuk membezakan kumpulan siasah kecil ini daripada Barisan Naisonal (BN) dan Pakatan Harapan yang sebelum itu digelar Pakatan Rakyat.

Namun kini gabungan PAS dan sekutunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas tokoh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir secara rasmi diberi nama baharu yang lebih bertenaga iaitu ‘Gagasan Sejahtera’ atau nama ringkasnya Gagasan.
Perkara tersebut yang tidak dijangka pelbagai pihak khasnya penganalisis politik diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur pada Sabtu yang diturut dihadiri Abdul Kadir sendiri.
Kata beliau, Gagasan merupakan wadah ‘jalan tengah’ terutama bagi golongan pengundi atas pagar yang tidak dapat menerima konsep gabungan komponen 14 buah parti dalam BN atau tiga parti pembangkang ‘cacamarba’ yang membentuk Pakatan Harapan.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang malah menambah, gabungan ketiga tersebut optimis sedia bekerjasama rapat dengan mana-mana pihak berkepentingan di negara ini yang secara kebetulan sealiran dalam agenda perjuangan dan dasar siasah mereka.
pas-ikatan
Gagasan ujar beliau mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta menjadikan perjuangan membela rakyat sebagai keutamaan sekali gus bakal menjadi platform baharu kepada pengundi tempatan untuk mewarnai dunia siasah tanah air secara lebih berkesan.
Dalam pada itu, apabila ditanya pemberita tentang kemungkinan Gagasan sedia bekerjasama dengan parti baharu serpihan UMNO yang diberi nama sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Abdul Hadi berkata buat masa ini masih terlalu awal membincangkan hal tersebut.
“Parti itu belum didaftar secara rasmi pun lagi. Kita tunggu dan lihat dahulu,” kata beliau yang secara tidak langsung bertentangan pendapat dengan Abdul Kadir kerana pada 5 Ogos lalu menyatakan Ikatan menolak kerjasama dengan parti ciptaan Tun Mahathir Mohamad itu.
PAS dan Ikatan mula menjalinkan kerjasama politik pada 16 Mac lalu selepas parti berslogan Bersatu Maju Adil Bahagia yang diasaskan sejak 2012 itu gagal bergabung dengan Pakatan Rakyat atas sebab tidak jelas diketahui. – Agensi


 KENYATAAN AKHBAR PAS
 PENGISYTIHARAN NAMA, PENDEKATAN DAN TERAS PERJUANGAN

Jawatankuasa Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) telah bersidang pada 2 Ogos 2016, di PejabatAgung PAS telah dengan sebulat suara bersetuju bagi perkara-perkara berikut:
  • NAMA:
  • Nama bagi Blok Persefahaman Politik ini adalah GAGASAN SEJAHTERA.
  • Persefahaman Politik (political understanding) ini menjadi satu gagasan baru kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.
  • Justeru rakyat tidak perlu lagi terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok UMNO/BN; dan satu lagi jalur politik yang menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat.
  • Rakyat perlu menolak kedua-dua budaya politik yang merosakkan negara tersebut. Gagasan Sejahtera mengajak rakyat membuat pilihan dengan sebuah Gagasan Politik yang Sejahtera bersama-sama GAGASAN SEJAHTERA
  • PENDEKATAN GAGASAN SEJAHTERA
  • Pendekatan yang diambil oleh GAGASAN SEJAHTERA adalah pendekatan BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS)
  • Pendekatan ini membawa budaya berpolitik yang menjadikan :
  • Agenda perjuangan serta kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok kepartian tertentu
  • Menyokong kebaikan semua pihak secara matang, serta menolak keburukan mana-mana pihak juga secara matang
  • Politik berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata
  • Politik Damai dan Diplomasi yang mana pertentangan idelogi perjuangan tidak boleh membawa kepada pertentangan fizikal, pergaduhan dan seumpamanya 
  • Politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif GAGASAN SEJAHTERA adalah membawa penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat, bukan menyembunyikan masalah seperti dilakukan UMNO/BN; dan bukan sekadar menimbulkan isu dan mempermainkan sentimen rakyat seperti dilakukan PH.
  • Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidak stabilan sosial dan ekonomi.
  • TERAS PERJUANGAN GAGASAN SEJAHTERA
GAGASAN SEJAHTERA menjadikan perkara berikut sebagai Teras Perjuangan bersama:
  • Mempertahankan Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsipnya;
  • Mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi, Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan Negara
  • Mempertahankan Prinsip Raja Berperlembagaan
  • Mempertahankan dan meningkatkan kedaulatan serta keselamatan negara dan rakyat 
  • Memperkasakan keberkesanan Sistem Pendidikan Negara yang menekankan pembangunan nilai bagi melahirkan insan yang bermotivasi, kompetitif, berilmu dan berkemahiran tinggi
  • Mempertahan dan memperkasakan prinsip Federalisma yang adil dalam kesemua aspeknya
  • Meningkatkan toleransi dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama sambil memperkasakan jatidiri setiap kaum menjadikan kepelbagaian sebagai aset serta kekuatan rakyat
  • Mengangkat integriti, ketelusan, kecekapan dan mesra-rakyat dalam sistem pentadbiran negara, sekaligus menghapuskan unsur negatif seperti salahguna kuasa, kronism, nepotism dan rasuah
  • Memartabatkan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi yang kompetetif dan disegani di peringkat tempatan dan dunia melalui prinsip keadilan sosial dan ekonomi berasas
  • kan kepada pembangunan nilai insan, keupayaan sains, teknologi dan inovasi, serta pengupayaan sumber tempatan.
GAGASAN SEJAHTERA dengan ini mengajak seluruh rakyat bersama-sama membawa Budaya Politik Baru yang matang; seterusnya membentuk masyarakat dan negara yang lebih sejahtera serta menolak budaya politik yang menekankan budaya korup dan tidak berintegriti, mahupun budaya politik berasaskan mainan sentimen, persepsi palsu dan permusuhan.
Marilah bersama-sama GAGASAN SEJAHTERA.
 
DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI HAJI AWANG
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ABDUL KADIR HAJI SHEIKH FADZIR
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)

Bertarikh pada: 13 Ogos 2016

Bertempat di Kuala Lumpur.

7 comments:

Anonymous said...

Pasai apaa hangpa pi tukaq namaa ? Nama PAS-IKATAN @ PASIK kan dah elok. Jubah+bowtie (Jubow).

Anonymous said...

"Memartabatkan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi yang kompetetif dan disegani di peringkat tempatan dan dunia melalui prinsip keadilan sosial dan ekonomi berasaskan kepada pembangunan nilai insan, keupayaan sains, teknologi dan inovasi, serta pengupayaan sumber tempatan."
Bunyi indah sekali, tapi agaknya siapa dikalangan gagasan jubow ni yang berkemampuan menggalas hal2 ekonomi? Apa agaknya cadangan2 atau idea2 yang boleh difikrkan oleh golongan ini berkenaan ekonomi? Berniaga kecil seperti Harakah pun rugi. Gaji pun tak boleh bayar.

Anonymous said...

Nama ni tak sesuai langsung patut tukar pada Barisan Pas Jib baru betul. Derma 90j dari Pak Jib tak cerita ke atau duit tu dah habis pakai.Lantik Rosmah jadi penasihat pun bagus.he..he..h...

Sokong Najib said...

Cantikkk...

Nak lagi best...FASIK

Anonymous said...

hoi , nak habaq kat hang, jangan dok perlekeh dengan PASIK nanti hang tak dapat NOMBOR ahli syorgaa. Nombor ahli syorgaa ialah nombor ahli Parti Asobiyah SeMalaysia ( PASpispus).

Nik Nanar.

SuJeng said...

Kenapa tidak Gagasan Assalamualaikum?

Anonymous said...

Gagasan 90 juta Dedak Sejahtera
90 juta banyak weiiii
Bila nak saman!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails