Tuesday, August 09, 2016

KWSP, Apa Peranan PAS?

KWSP-I : PERANAN PAS DALAM PENYELESAIAN UMMAH
1) Tuntutan sistem pentadbiran, muamalat, munakahat, jenayah dan pengamalan cara hidup berlandaskan syarak menjadikan PAS terus istiqamah dalam menasihat dan membangkang kerajaan.
2) Alhamdulillah, hasil dari desakan dan saranan PAS melalui YB Ustaz Nasruddin Hassan Ahli Parlimen Temerloh pada 26 Mei 2016 ketika soalan lisan di Dewan Rakyat membuahkan hasil yang sangat baik apabila Skim Persaraan Patuh Syariah bagi KWSP telah dilaksanakan.
3) Kenyataan penuh tuntutan PAS ini boleh dibaca dalam pautan Perkongsian Dari Parlimen siri 17 di facebook beliau https://m.facebook.com/ustaztantawi/posts/10152793309422312
4) PAS memainkan peranan yang sangat penting dalam penggubalan polisi dan perundangan berlandaskan syarak. Tuntutan mencari yang halal buat ummat Islam serta mewujudkan persekitaran yang baik menjadikan PAS sentiasa berfikir solusi buat rakyat.
5) Kesediaan PAS bertindak sebagai "check and balance" kepada kawan dan lawan ini digarap kemas dalam budaya Politik Matang dan Sejahtera (PMS) demi membentuk Malaysia yang lebih aman dan sejahtera dengan mengutamakan kepentingan rakyat bukan mainan politik.
6) Rakyat Malaysia samada muslim mahupun bukan muslim sudah semakin cenderung kepada sistem ekonomi Islam seperti perbankan Islam, Takaful, pelaburan termasuk KWSP yang dilihat memberi lebih jaminan dan penyelesaian kewangan yang baik.
7) Besar harapan kini agar masyarakat menerima perjuangan mengukuhkan mahkamah syariah melalui RUU 355 yang turut disarankan oleh PAS demi menyelesaikan masalah jenayah yang semakin parah di Malaysia.
8) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat yang gigih siang dan malam dalam usaha memartabatkan Islam. Inilah penyelesaian yang kita tawarkan kepada masyarakat demi membina Malaysia yang lebih sejahtera.
"Inilah Penyelesaian Kita"
"Bertekad Melebar Muafakat"
"Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"
Mohd Akmal bin Hj Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
6 Zulkaedah 1437H / 9 Ogos 2016

4 comments:

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/01/29/skandal-dana-israel-rm1-2-billion-kenapa-dap-takut-saman-razali-soal-pmsp/

Skandal Dana Israel RM1.2 Billion, Kenapa DAP Takut Saman Razali, Soal PMSP

AIDCNews- 29/1/16 – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hairan dengan sikap pengecut DAP yang tidak mempunyai keberanian untuk menyaman bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman berkaitan isu dana pilihan raya bernilai RM1.2 billion dari Israel.

Presiden PMSP, Dato’ Seri Ramesh Rao berkata beliau telah menghubungi Razali dan bekas aktivis DAP itu bersedia mengemukakan bukti, jika DAP menyaman dan membawa kes itu dibawa ke mahkamah.

“DAP kena jadi anak jantan. Dalam parlimen boleh bising, kat luar boleh bising. Sikit-sikit saman. Desak Datuk Seri Najib saman WSJ.

“Sekarang saya minta awak (DAP), saman Razali, kalau kamu anak jantan. Jangan diamkan diri,”kata Ramesh kepada pemberita selepas menyerahkan satu memorandum ke Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur semalam.


Jika DAP gagal berbuat demikian, PMSP akan membuat laporan polis untuk kes tersebut dan akan mengadakan desakan susulan, road show di Gelang Patah, kawasan parlimen yang diwakili oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan di bangunan KOMTAR Pulau Pinang, pusat kerajaan negeri yang diperintah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Tak ada alasan DAP tidak boleh saman Razali. Apa perlu takut ?

“Ada kenyataan media (daripada pimpinan DAP mengatakan) ‘tidak benar..tidak benar (jadi apa tunggu lagi) samanlah (Razali),”katanya lagi.

Menurut Ramesh, kes ini penting dibicarakan di mahkamah kerana ia akan medan penghakiman terhadap dakwaan Razali yang dibuat sejak empat tahun lalu.

“Encik Razali yakin dengan kes ini. Dia kata, ‘saya memiliki dokumen yang cukup,kalau ke mahkamah nanti boleh saya kemukakan, di mana kami dilatih, bagaimana kami dilatih, siapa yang terlibat dalam latihan di Israel’.

“Banyak yang akan kita tahu (nanti). Jami kita mahu dia (DAP) saman (Razali),”katanya.

Tambahnya, jika DAP takut untuk mengemukakan saman terhadap Razali ia akan mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas aktivis DAP itu adalah benar.

“Bagi saya, DAP bukan takut dengan isu RM1.2 billion ini, dia (DAP) cuma takut rahsia di mana mereka dilatih akan terbongkar.

“Sebab, Razali salah seorang pakar strategik DAP. Dilatih untuk menghuru-harakan negara.

“Mungkin DAP ini takut kalau kaitan DAP dengan Israel akan terbongkar sebab kita (Malaysia) tidak ada hubungan diplomat dengan Israel,”katanya lagi.

Untuk mendengar rakaman kenyataan PMSP sila klik link di bawah.

http://www.mobtvlive.my/watch.php?vid=51108f8ae

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/01/02/apakah-hubungan-istimewa-israel-dengan-dap-razali/

Apakah Hubungan Istimewa Israel Dengan DAP ? – Razali

AIDCNews – 02/01/16 – Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman menegaskan beberapa kali bahawa DAP mempunyai hubungan istimewa dengan Israel.

Pada 2012, Razali telah mendedahkan hubungan DAP-Israel ketika berceramah di Putrajaya:

Tapi apakah hubungan istimewa Israel dengan DAP? Kalau tak istimewa, tidak kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima latihan daripada Mossad.

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.

Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.

Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.

Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.

Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.

Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.

Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.

Ceramah Razali di Putrajaya merupakan ceramah yang ke-105 yang pernah dilakukan pada tahun itu dalam tempoh tiga bulan.

Selanjutnya, sila baca transkrip ceramah Razali dalam artikel bertajuk “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP”

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/12/pelayar-dari-entiti-haram-israel-membongkar-wajah-hipokrit-dap/

Pelayar dari entiti haram Israel, membongkar wajah hipokrit DAP

TIDAK ada apa-apa yang istimewa atau perlu diberi sambutan baik terhadap tindakan parti sosialis DAP menarik balik kenyataan yang mengecam Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung isu pelayar dari entiti haram Israel baru-baru ini.

Tindakan ini tidak meleburkan identiti parti rasis ini yang sangat konsisten dengan agenda anti-Islamnya yang sangat dimaklumi oleh umat Islam. Ia tidak menjadikan parti ini sebagai patriotik atau penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin yang sah. Malah episod ini hanya menguatkan lagi pernyataan bahawa DAP hanya pandai bersandiwara sahaja dan bersifat hipokrit.

Dan ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian.

Terdapat satu kalimat yang masyhur di dalam Bahasa Inggeris iaitu “Bad Cop Good Cop” (polis jahat dan polis baik). Taktik ini sangat ketara digunakan oleh DAP dalam kes pelayar dari Israel. Pada mulanya mereka mengecam tindakan Khairy Jamaludin dengan pelbagai alasan yang hanya mendedahkan wajah pro-Israel mereka). Rakyat dan Netizen membalas balik kecaman DAP secara intens di alam maya. DAP tidak menghiraukan langsung kecaman balas dan kritikan para Netizen dan rakyat umum. Parti sosialis rasis ini menarik balik kenyataan pemimpin mereka dari Perak hanya setelah Dr MAZA mengecam kenyataan tersebut.

Ini adalah satu aplikasi Bad Cop Good Cop yang diambil oleh DAP. Mereka terpaksa akur setelah Dr MAZA mengecam mereka hanya untuk menjaga kepentingan dan maslahat politik mereka. ia tidak ada kena mengena dengan semangat “suci” kononnya DAP bersama perjuangan rakyat Palestin.

Bagaimanapun di dalam banyak isu yang melibatkan kedudukan dan kepentingan Islam, umat Islam dan bangsa Melayu, ciri-ciri Bad Cop lebih menonjol dan sangat ketara tanpa mengorbankan ciri-ciri hipokrit mereka. Laungan ingin mengikuti jejak langkah Khalifah Umar Abdul Aziz hanyalah retorik busuk yang telah berjaya mengelabui mata sebilangan umat Islam supaya menyokong mereka. Umat Islam yang lurus bendul itu tidak menyedari bahawa prinsip Machiavelli (matlamat menghalalkan cara) sedang diaplikasikan secara halus dan berkesan.

Setelah berjaya mempengaruhi sebahagian umat Islam dan mendapat kepercayaan mereka, parti ini mula menampakkan wajah sebenar mereka. Mengadu domba, bermain kayu tiga, menyemai bibit-bibit persengketaan, provokasi perkauman yang sengaja dibuat-buat, kenyataan-kenyataan yang sensitif dan berbaur hasutan dan perlecehan terhadap Islam, Melayu, tokoh, institusi … semua ini merupakan arsenal peluru yang lazim digunakan oleh parti atau kumpulan ekstremis politik untuk mengaut sebanyak keuntungan daripada suasana kacau bilau dan kegoncangan yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia.

DAP sangat takut kepada kemungkinan satu hari nanti umat Islam dan bangsa Melayu tanpa mengira kecenderungan politik mereka akhirnya akan bersepakat dan bekerjasama dalam lingkungan persaudaraan Islam dan membentuk satu agenda perjuangan bersama yang berteraskan Islam dan identiti keMelayuan yang kuat. Realiti ini bukanlah satu yang mustahil, malah bibit-bibit positif ke arah tercapainya hasrat tersebut sudahpun disemai.

Sekiranya ini berlaku, DAP akan hilang relevansinya, tipu dayanya akan terbongkar dan tembelangnya akan pecah. Zaman Melayu dan umat Islam diperbodohkan dan dipermainkan akan disejarahkan.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/07/dap-topeng-untuk-menghina-islam/

DAP ‘topeng’ untuk menghina Islam

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Penghinaan terhadap Islam yang berterusan oleh parti rasis dan cauvinis dilakukan atas tujuan menghilangkan nilai sensitif ummat Islam terhadap agamanya apabila dihina.

Terbaharu pemimpin parti itu, Nga Kor Ming telah menghina amalan ummat Islam untuk bergembira di hari raya sekaligus mendedahkan sedikit demi sedikit niat busuk DAP untuk terus menghina Islam.

Mantan Presiden Persatuan Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hasan berkata, ini bukan kali pertama pimpinan DAP membuat penghinaan sedemikian.

“Sebelum ini beliau pernah menyindir pemakaian wanita dengan menggambarkan seolah ianya jumud dan kuno.

“Lebih menjelikkan, Nga memberi alasan bahawa dia menghormati Islam dengan memberi sumbangan ke masjid dan masyarakat Islam yang memerlukan. Inilah sebenarnya ‘dedak’ yang DAP tabur untuk membolehkan mereka terus menghina Islam,”katanya kepada Ismaweb.

Ustaz Ibrahim berkata, hakikatnya kita jangan anggap Kor Ming sebagai hanya seorang individu tetapi DAP itu sendiri sebagai sebuah gerakan terancang, tersusun, sistematik dan beragenda untuk menghilangkan nilai sensitif ummat Islam terhadap agamanya apabila dihina.

“Ini kerana pimpinan DAP yang lain juga sebelum ini menghina Islam dan autoriti agama di Malaysia. Ini termasuklah mempertikaikan khutbah jumaat, menafsirkan Jihad sebagai keganasan, mempertikaikan sambutan Valentines Day oleh orang Islam dan menyamakan kod etika ke JPJ sama seperti pakaian ke masjid dan bermacam-macam lagi.

“Justeru, kita semua jangan mudah tertipu dengan sumbangan DAP kepada masjid mahupun sekolah agama kerana ia merupakan topeng kepada perbuatan mereka menghina Islam.

“Jika kita terus berdiam, ini bermakna kita telah termakan dedak yang ditabur DAP,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails