Sunday, August 07, 2016

Sebentar Tadi! Kecoh, 5 Cedera, Perak Lwn Johor.

 Pemain JDT Pereyra Diaz (dua,kanan) berjaya menjaringkan gol untuk JDT dalam perlawanan Liga Super di antara Perak dengan JDT di Stadium Perak malam Sabtu. Foto Bernama
SUKAN
TERKINI IPOH - Sekurang-kurangnya lima cedera termasuk dua pegawai polis akibat kekecohan yang berlaku melibatkan penyokong pasukan bola sepak selepas tamat perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Perak sebentar tadi.
Kekecohan dipercayai berpunca daripada provokasi antara kedua-dua pasukan selepas Johor DT berjaya membenam Perak 1-0.
Susulan daripada itu, lebih kurang 1,000 orang penyokong JDT dibawa berkumpul ke tengah padang bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.
Dalam pada itu, seorang jurukamera News Straits Time Press (NSTP), Supian Ahmad kehilangan kamera selepas dipukul oleh penyokong selain turut mengalami kecederaan. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Dah kalah mengamuk pulak.Obses Melayu dengan bola..sanggup berbunuh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails