Friday, August 12, 2016

Neelofa Guna Visa Haji S/Swasta, Swasta Itu Dapat Visa Dari Mana?

Neelofa
KOTA BHARU – Tabung Haji (TH) tidak pernah memberi keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melangkau giliran bagi menunaikan haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi memastikan proses giliran secara telus, TH turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya tiada istilah kuota menteri atau timbalan menteri atau sesiapa sahaja bagi mendapatkan giliran dengan  melangkaui giliran untuk menunaikan haji.

“Tidak ada istilah kuota menteri atau timbalan menteri kerana Tabung Haji sentiasa memastikan proses ini dijalankan secara telus dan dipantau secara terus oleh SPRM sendiri.

“Jadi tidak timbul isu (seperti yang) dimainkan di media sosial seolah-olah ada pilih kasih atau keistimewaan tertentu diberikan pihak tertentu. Itu tidak betul,” ujar beliau.

Beliau juga turut menyangkal dakwaan TH memberikan keistimewaan atau laluan kepada pelakon, Neelofa untuk menunaikan haji selepas sebulan mendaftar.

Sebaliknya kelulusan visa tersebut diberikan oleh syarikat swasta dan bukannya melalui TH.

Seramai 1,600 jemaah haji dari Kelantan akan menunaikan Rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.

Dr Asyraf Wajdi seterusnya berkata, 76,000 rayuan dibuat oleh pendaftar TH untuk menunaikan haji tahun ini namun kekosongan yang ada hanyalah 3,695.

Katanya, kekosongan itu kerana terdapat pendaftar yang menolak untuk menunaikan haji pada tahun ini atas pelbagai faktor.

Tambah beliau, tidak pernah seseorang itu dikeluarkan daripada giliran, setelah diberikan giliran bagi tahun tertentu.

Kita nak tanya, syarikat swasta itu dapat visa haji dari mana, apakah tiada kena mengena dengan TH dan peruntukan kepada rakyat Malaysia mengikut giliran?

Apakah TH beri melalui syarikat swasta? 2x5 saja!

7 comments:

Anonymous said...

Kita sudah berpuluh tahun menunggu giliran untuk menunaikan fardhu haji dan kita masih menunggu walaupun wang dalam TH telah cukup sedangkan orang kaya tidak perlu menunggu lama untuk menunaikan fardhu haji melalui pakej VIP yang berharga mahal.

Orang-orang kaya ini walaupun membayar mahal tetapi mereka masih dianggap 'merampas' kuota haji yang diperuntukkan untuk umat Islam Malaysia yang sedang menunggu giliran menunaikan fardhu haji sejak berpuluh tahun.

Mungkin apabila umur kita mencapai 70 atau 80 tahun barulah tiba gilran kita. Kalau kita mati sebelum mencapai umur 70 atau 80 tahun kerana giliran kita 'dirompak' oleh orang kaya atau berpengaruh, siapakah yang akan bertanggung jawab ke atas kegagalan kita menunaikan fardhu haji akibat dari 'rompakan' ke atas kuota haji setiap tahun? Pengarah TH dan menteri berkenaan mahu tanggung dosak kezaliman ini ?

Mengapa giliran haji untuk orang yang menolak diberi kepada orang kaya atau berpengaruh bukan kepada kita yang sedang menunggu terlalu lama?

Bukankah merampas hak giliran menunaikan fadhu haji dari orang yang sedang menunggu giliran adalah satu kezaliman?

Anonymous said...

PEMBETULAN KOMEN 5:02 PM

Mungkin apabila umur kita mencapai 70 atau 80 tahun barulah tiba giliran kita itu pun kalau kita belum meninggal dunia. Kalau kita meninggal dunia sebelum kita sempat menunaikan fardhu haji kerana giliran kita 'dirompak' oleh orang kaya atau berpengaruh, siapakah yang akan bertanggung jawab ke atas kegagalan kita menunaikan fardhu haji akibat dari 'rompakan' ke atas kuota haji setiap tahun? Ahli Lembaga Pengarah TH dan menteri berkenaan mahu tanggung dosa kezaliman ini ?

NOTA TAMBAHAN:

(1) Mengapa orang tertentu yang telah menunaikan fardhu haji dibenarkan menunaikan fardhu haji kedua sedangkan kita masih menunggu giliran fardhu haji? Quota siapa mereka 'curi'?

(2)Kalau orang kaya atau berpengaruh boleh menunaikan fardhu haji tanpa perlu menunggu giliran kerana mereka boleh bayar harga pakej haji yang mahal, adakah mereka fikir mereka juga boleh bayar pakej masuk syurga dengan bayaran yang lebih mahal??????? Atau masuk kubur dengan layanan first class dengan kadar bayaran yang lebih tinggi?

Kita teringat kisah paderi Kristian dan gereja menjual surat masuk syurga kepada orang-orang kaya yang mampu membeli harga surat itu pada kadar yang mahal. Adakah kita sedang mengikut jejak Yahudi dan Kristian sehingga kita masuk lubang biawak?

Anonymous said...

Setuju.

Anonymous said...

Ada fulus adalah jalan...di Malaysia ni ramai pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Rasuah. Harapan dengan fulus, mereka bole terus booking tempat ke Jannah.

Unknown said...

Korang tak tau ke bkn TH shj yg boleh bwk org pergi haji..travel agency swasta pun ada quota spt Andalusia.cuba check google sana..sbb tu siti, adiputra, nabil semua dh pergi.bkn sbb dorg register terus dpt di TH.Semua tu guna travel agency http://www.tabunghaji.gov.my/perkhidmatan-pakej-haji-swasta..beza ny cuma TH ada subsidi sbb tu hargq hj rendah tp swasta ken guna harga full dan price list ikut hotel nk jauh atau dekat..3 bintang atau 5 bintang.ikut kemampuan msing2..bkn org kaya shj bleh guna swasta klau niat kita kuat yg gaji 5k sebuln pun bleh yg penting menabung dr awal dgn niat nak pegi haji.Insha Allah...Allah yg menentukn rezeki msing ikut kekuatan hati,doa & tawakkal..usaha kene ada & jgn asyik mengeluh nasib sendiri & x puas hati dgn rezeki org..ini lah punca rezeki kita liat..islam itu indah.kene tahu rahsia & konsep menjemput rezeki..jgn ada rasa x puas hati dgn org sbb rezeki di tgn tuhan bkn di tgn manusia..tugas manusia cuma berdoa & ikhtiar.zikir byk2..sedekah byk2.itu konsep islam.

Senarai Agency yg di iktiraf utk buat haji: http://www.tabunghaji.gov.my/perkhidmatan-pakej-haji-swasta

Anonymous said...

Jawapan kita untuk komen 7:49 AM :

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan quota haji untuk setiap negara termausk Malaysia dan TH bertanggungjawab menguruskan urusan haji untuk negara ini berdasarkan quota haji yang diberi. JIka TH memberikan sebilangan quota kepada orang kaya supaya mereka dapat menunaikan fardhu haji dengan segera, ini bererti TH telah mengambil quota itu dari orang-orang yang sedang menunggu giliran fardhu haji.

Ini bererti kezaliman telah berlaku ! Faham maksud 'potong que'? Sesiapa sahaja tidak boleh potong que walaupun telah mempunyai banyak wang dan mampu membayar pakej mahal! Orang yang mementingkan diri dan tidak beretika sahaja suka potong que!

Kita pun telah menyimpan wang dalam TH dan jumalah wang itu telah lebih dari mencukupi untuk menunaikan fardhu haji tetapi kita terpaksa menunggu giliran kita selama 20 tahun.

Kamu tulis tentang rezeki tetapi kamu lupa tentang samada rezeki yang diterima oleh sesorang hamba itu halal atau haram dan bagaimana rezeki itu telah digunakan. Jika salahguna rezeki seperti potong que fardhu haji, jawablah depan Allah di hari pembalasan !

Potong giliran orang lain untuk menunaikan haji adalah perbuatan yang zalim.

Ia juga sama seperti mengambil hak orang lain tanpa reda dan perbuatan seperti itu salah di sisi agama, kata Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya, Roslan Mohamed.


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/potong-giliran-haji-perbuatan-zalim-1.280998

Anonymous said...

Jangan cepat menuduh dan jatuhkan hukum bro....Ada syarikat travel yg membeli kuota haji dari negara2 lain...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails