Thursday, August 11, 2016

Skim Dana-Sel: Peneroka Bandar Miliki Rumah sendiri



KUALA LUMPUR: Seramai 118 peneroka bandar di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam boleh menarik nafas lega apabila hasrat memiliki kediaman sendiri tercapai menerusi tawaran Skim Sewa Milik Kerajaan Selangor (Skim Dana-Sel).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, skim itu dilaksanakan selepas kerajaan negeri mendapati sesetengah golongan tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Memetik laporan Selangor Kini, beliau berkata, ia ekoran mereka disenarai hitam institusi kewangan dan berpendapatan rendah.

“Mereka ini adalah peneroka Kampung Rimba Jaya yang hendak dipindahkan di sini tetapi tidak dapat pinjaman bank ekoran pendapatan rendah, tiada dokumen lengkap dan disenarai hitam.

“Harga asal rumah ini RM42,000 tetapi kerajaan negeri tawar subsidi RM7,000 menjadikan harga jualan RM35,000 sahaja,” katanya pada Majlis Makan Tengahari Bersama Penerima Skim Dana-Sel di Pangsapuri Rimba Jaya, hari ini.

Pada masa sama, Iskandar berkata, skim itu menawarkan pelbagai kelebihan ekoran tiada deposit dikenakan.

Katanya, penyewa juga bakal memiliki rumah terbabit dalam tempoh 20 hingga 25 tahun selepas bayaran sewa selesai.

“Skim ini akan diperluaskan di kawasan lain bagi membolehkan lebih ramai golongan sama memiliki kediaman sendiri,” katanya. (H)


2 comments:

Anonymous said...

Di Selangor, kaum marhaen dikasihi, hingga diberi rumah. Ini membuat Azmin di benci oleh PAN dan DAP

Di Pulau Pinang Kampung tradisi dilenyapkan, penduduk kampung di halau bagai haiwan. Inilah layanan Rejim DAP. Bagi PAN pula, mereka amat bangga dan bersyukur bila orang2 Islam keturunan melayu dilayan bagai penduduk palestine di Tebing Barat

http://www.ismaweb.net/2016/07/29-kampung-tradisi-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/

29 kampung tradisi di Pulau Pinang bakal lenyap?

GEORGE TOWN, Ahad – Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kebanyakan kampung terbabit adalah dari daerah Timur Laut.

Katanya, selain aktiviti pembangunan yang pesat, pemilikan tanah juga menyumbang kepada faktor kampung Melayu di negeri ini kian terhakis iaitu tanah yang mereka duduki bukan hak milik mereka.

“Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung tersebut akan lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.

“Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.

“Walaupun satu ketika, mungkin ada orang yang beralamat di situ tapi kampung itu sudah tidak ada lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Azeem Fazwan berkata, pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) juga menyumbang kepada ‘kehilangan’ kampung tradisi di negeri itu memandangkan projek berkenaan turut melibatkan pengambilan tanah.

Beliau berkata, jika PIPP itu berjaya direalisasikan, landskap Pulau Pinang akan berubah dan kampung-kampung sedia ada akan turut lenyap.

“Sekiranya ia berlaku, maka landskap negeri Pulau Pinang akan berubah sama sekali terutama di daerah Barat Daya. Jadi apabila pembangunan mula menyusuri ke daerah Barat Daya, maka kampung-kampung yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang akan lenyap,” katanya.

Justeru, katanya tidak mustahil kampung-kampung tradisi di negeri itu akan lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang jika tiada usaha daripada pihak berkepentingan untuk memelihara dan memulihara kampung tradisi itu.

Anonymous said...

Orang Melayu berketurunan Islam, dihalau sewenag-wenangnya

Mat Sabu walaupun dia orang Penang memang dia tak peduli hal warga marhaen

Mujahid pula, forum ada aircond dia mai la.

Dia mana peduli warga marhaen Penang.

Sodoklah kampung2 melayu, halaulah orang melayu berugama Islam. Mat Sabu dan Mujahid buat donno saja. itu sebab mereka tak komen apa2. Janji DAP gembira

http://www.ismaweb.net/2015/12/lagi-kampung-melayu-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/

Lagi kampung Melayu di Pulau Pinang bakal lenyap?

GEORGE TOWN, Rabu — Sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang iaitu Kampung Selut, Sungai Pinang di sini bakal lenyap selepas penduduk di situ dimaklumkan kawasan berkenaan akan dibangunkan semula oleh pemaju.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran bandaraya George Town di sini wujud sejak 1960-an dan menempatkan kira-kira 5,000 penduduk.

Pengerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang, Ibrahim Din berkata terdapat 102 buah rumah teres dan 102 rumah jenis sebuah di kawasan berkenaan yang dibina atas milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipercayai terlibat dalam projek pembangunan semula di situ.

“Tanah itu adalah milik seorang individu dan kerajaan Pusat yang diterajui perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein ketika itu memberikan sejumlah wang untuk membina rumah di kawasan berkenaan bagi membantu orang Melayu yang tidak mempunyai rumah.

“Pemilik tanah itu bersetuju menjadikan kawasan berkenaan sebagai tanah rizab orang Melayu dan Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) ketika itu dilantik sebagai pemegang tanah terbabit,” dakwanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ibrahim yang juga tinggal di Kampung Selut berkata penduduk di situ telah beberapa kali berhubung dengan MBPP untuk membeli rumah-rumah berkenaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, bagaimanapun tidak berjaya ekoran pihak berkenaan enggan menjualnya.

“Selepas beberapa perbincangan hanya pemilik rumah sebuah-sebuah dapat membeli rumah manakala mereka yang tinggal di rumah teres masih menyewa dan kami membayar RM70 sebulan,” katanya.

Beliau berkata sejak awal tahun ini, penduduk rumah teres di situ mula bimbang kerana mereka dimaklumkan MBPP menerusi pemaju akan membangunkan semula kawasan berkenaan dengan pembinaan rumah pelbagai jenis termasuk di kawasan penempatan rumah sebuah-sebuah di situ.

“Pada Jun lepas MBPP telah menghantar surat kaji selidik kepada penduduk bagi cadangan untuk membangunkan semula kawasan berkenaan dan semua penduduk menerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang membuat surat membantah cadangan terbabit.

“Kami memang membantah sekeras-kerasnya kerana kampung itu adalah tempat kami malah kami juga tidak dimaklumkan mengenai nasib penduduk di sini jika pembangunan semula dibangunkan. Kami berharap ada pihak yang dapat tampil membantu penduduk di sini,” katanya.

Ibrahim berkata penduduk di situ ada menghantar surat untuk berjumpa dengan wakil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berbincang mengenai masalah itu, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails