Saturday, August 13, 2016

11 Letupan Di 5 Daerah Thai Tempuh Kurang 24 Jam. 4 Maut 36 Cedera.


BANGKOK, Sabtu – Lima daerah di Thailand digegarkan oleh 11 letupan bom dalam tempoh kurang 24 jam. Empat maut manakala 36 lain cedera termasuk 10 pelancong asing.


Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dan hubung kait antara semua kejadian letupan itu masih belum jelas. Polis Thailand berkata tiada bukti mengaitkan serangan itu dengan keganasan antarabangsa.
 Dua mangsa yang cedera akibat letupan bom di Hua Hin diberi rawatan kecemasan. - Foto REUTERS
“Insiden ini berbeza dengan serangan pengganas. Ia lebih bersifat sabotaj terhadap beberapa lokasi dan daerah,” kata polis dalam satu sidang media semalam.
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha dalam kenyataannya menghulurkan simpati kepada pihak keluarga mangsa.
“Pihak kerajaan akan menyiasat perkara ini dan akan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.
Siri letupan itu berlaku di Trang pada 3 petang Khamis. Dua letupan pula berlaku di sebuah resort dekat Hua Hin pada jam 10.15 malam dan di sebuah bar pada jam 11 malam. Lapan bom lagi meletup pada pagi Jumaat juga di kawasan Hua Hin iaitu di Surat Thani, Trang, Phang-nga dan sebuah resort di Phuket. – Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails