Thursday, August 11, 2016

Kisah Lelaki Tua Keliling Dunia Naiki Beca Demi Olimpik

Kisah Lelaki Tua Keliling Dunia Naiki Beca Demi Olimpik

CHEN Guanming, seorang lelaki tua yang berusia 61 tahun dan hanya bekerja sebagai petani di sebuah perkampungan di Tongshan di Wilayah Jiangsu, China, memang penggemar Sukan Olimpik.

Malah dia sanggup hadiri pelbagai temasya Olimpik di seluruh dunia dengan cuma menggunakan beca roda tiganya.
Ketika masih muda, Chen memang tidak suka mengembara waima tidak pernah berjalan ke luar kampungnya.
Namun, apabila China menang bidaan menjadi tuan rumah Olimpik 2008 pada 2001, dia mula terpanggil untuk melakukan perjalanan dengan sebuah misi khas.
Kisah Lelaki Tua Keliling Dunia Naiki Beca Demi Olimpik
Media tempatan melaporkan, ketika itu Chen mula melakukan perjalanan ke seluruh China dengan beca peribadinya untuk menyebarkan semangat Olimpik sambil memberitahu masyarakat agar melindungi alam sekitar dengan melawan orang yang buang sampah merata-rata.
Ketika usianya mencapai 53 tahun, dia telah melawat sekitar 1,764 buah bandar sebelum akhirnya tiba di Stadium Olimpik di Beijing yang juga digelar Stadium Sarang Burung untuk menonton Olimpik 2008.
Kemudian dia juga telah melakukan perjalanan ke England pada 2010 semata-mata untuk ke London meraikan Olimpik 2012.
Kisah Lelaki Tua Keliling Dunia Naiki Beca Demi Olimpik
Pada masa itu Chen dianugerahkan tiket pembukaan Sukan Olimpik London. Setelah itu, dia tertarik untuk datang ke Rio de Janeiro, Brazil sempena Olimpik 2016 yang berlangsung hingga 21 Ogos depan.
Bukan itu sahaja, Chen akan mula merancang perjalanan Sukan Olimpik yang akan datang berlangsung di Tokyo, Jepun pada 2020 kelak. 

2 comments:

Anonymous said...

Kisah bekas timbalan presiden baling mikrofon sambil jerit. Mari kita lawan.

Tak berjenis punya PAN. Kalau Mat Sabu sebagai ketua PAN kelaku macam tu, macai dia macam mana. Tengok Tulang Bisu cukuplah. Maki reporter tua 2013 dulu. Utusek utusek. Kah kah kah

Anonymous said...

JANGAN. KOMEN. BANYAK 2.........TENTANG. ORANG. LAIN.........
NANTI. BANYAK. PULA. DAPAT. DOSA.........

TUMPUKAN. SAJA. TUGAS.2. ANDA. SEBAGAI. PENIS. YG SEHAT. KEPADA KERAJAAN. BARISAN NASIONAL......
BERI LAH. SOKONGAN. YG. TIDAK. BERBELAH. BAGI. UNTUK. TUANG PRESIDEN ANDA.........WAJIB. FOKUS ISTIKOMAH DAN. WALLAK. SEPANJANG. HAYAT....
SEKIRAYA. ANDA. ENGGAN.....NERAKA. JAHANAM. MENANTI. MU.....

MENGERTI. KAMU. ANAK ANAK. SEMUA...!!!!,,,,,,!!!!!,,,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails