Sunday, August 07, 2016

Iran Haramkan Permainan Pokemon Go, Tapi Macam M'sia Juga?..


BEBERAPA remaja dirakam bermain permainan Pokemon Go di Taman Mellat, Teheran pada Rabu lalu meskipun telah diharamkan oleh pihak berkuasa. - AFP


TEHERAN – Golongan belia di sini didapati tidak menghiraukan pengharaman permainan Pokemon Go oleh pihak berkuasa apabila meneruskan aktiviti menangkap raksasa maya di negara ini.
Selain permainan yang menjadi kegilaan orang ramai itu, Iran sebelum ini turut menyekat beberapa agensi berita dunia termasuk media sosial se­perti Facebook dan Twitter.
Negara berkenaan mengambil tindakan mengharamkan Pokemon Go hanya beberapa hari selepas dilancarkan pada Julai lalu kerana bimbang terhadap keselamatan negara.
“Permainan ini bercampur alam maya dan dunia sebenar sekali gus boleh menimbulkan pelbagai masalah ke atas negara dan rakyat dari segi ke­selamatan,” kata Timbalan Peguam Negara, Abdulsamad Khoram Abadi.
Beliau turut mengesahkan Pokemon Go telah diharamkan oleh Majlis Tinggi Siber dengan keputusan sebulat suara.
Bagaimanapun, lara­ngan itu dilihat tidak mampu menghentikan rakyat di negara berkenaan daripada terus memburu makhluk Pokemon Go.
Golongan belia di negara itu dikatakan memintas penapisan internet pada setiap hari dengan menggunakan Perkhidmatan Rangkaian Peribadi Maya (VPN) yang mampu me­yembunyikan lokasi te­lefon pintar dan komputer.
Kebanyakan kedai telefon di Iran dipercayai menjual kad VPN yang turut tertera logo pengharaman beberapa media sosial seperti Facebook dan laman perkongsian video, YouTube. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tapi adakahh macam Malaysia juga? Rakyar Malaysia tidak hiraukan amaran Muftinya?

Lihat berita ini..

Seorang pemain Pokemon Go mencari watak raksasa Pokemon berhampiran tangga bergerak sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam. - Suriya Bonma
KUALA LUMPUR – Permainan siber Pokemon Go yang mencetuskan kontroversi ekoran fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengharamkannya kelmarin mula dimuat turun oleh beribu-ribu peminat di Malaysia bermula semalam.
Syarikat yang membangunkan aplikasi itu, Niantic Labs dari Amerika Syarikat menerusi satu kenyataan dalam laman webnya semalam mengumumkan pelancaran serentak permainan itu di 15 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Kemboja, Filipina dan Thailand.
Tinjauan Kosmo! di beberapa pusat beli-belah di Kuala Lumpur mendapati, rata-rata pemain Pokemon Go sedang asyik menjejaki watak tersebut.
(IH)

1 comment:

Anonymous said...

Bukan isu tak hiraukan arahan mufti, sbb mufti pun keluar arahan secara selective. Soalannya apakah faedah drpd mainan ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails