Monday, July 04, 2016

Rahim Thamby Chik Ancam Saman Mat Sabu

Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik

PETALING JAYA – Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana didakwa menuduh beliau atas kesalahan seksual.

“Saya tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah atas kesalahan seksual dan saya akan memastikan Mat Sabu diheret ke mahkamah,” kata bekas Ketua Menteri Melaka itu menerusi Twitternya pada malam Sabtu.
Mat Sabu dilaporkan menyifatkan penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai ‘tayangan ulangan’ plot yang sama.
Bercakap kepada orang ramai di luar pejabat SPRM Pulau Pinang pada malam Khamis, bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata apa yang menimpa Lim merupakan ulang episod sama seperti berlaku pada 1998.
Beliau mendakwa Lim mempertahankan mangsa dan akhirnya dipenjarakan.
Abdul Rahim merupakan Ketua Menteri Melaka dari 1982 hingga 1994 dan dituduh terbabit kes rogol budak bawah umur.
Beliau kemudiannya menggosongkan sementara kedudukannya sementara menunggu siasatan kes tersebut.
Pada 1994, Peguam Negara ketika itu memutuskan bahawa tiada bukti yang cukup untuk mendakwanya di mahkamah. – mStar Online

7 comments:

Anonymous said...

Ikut hukum syarak pun, tidak boleh menuduh tanpa ada bukti, apatah perzinaan,, perlu 4 orang saksi yg adil. Kes bekas ketua menteri melaka lagi la tidak boleh kerana beliau tidak pernah disabitkan di mahkamah. Seingat saya. Budak perempuan yg terlibat tarik balik kes. Mat sabu sengaja cari nahas la nampaknya. Terlalu teruja nak bela org kafir, difitnahnya org Islam yg seagama. Tapi, mat sabu ada kaitan dgn syiah kata KDN Malaysia. Tak heran la bela org kafir.

Anonymous said...

PARTI PUS-PUSS. KENA BATAL. ATAU PINDA AMANAT HADI. DAHULU...........
BARU BOLEH CERITA BANYAK.............
BALA. DATANG........
BALAK HILANG ......HANYUT SISA-SISANYA............
BANJIR KUNING PEKAT WARNANYA.....(LAPURAN TV3 DAN MASTIKA)
BUAT BUAT TAK TAHU AJE......
MANGSA BANJIR. KERAJAAN PUSAT YG TOLONG.....
PEMIMPIN. PARTI. PUS -PUSSS. SALAHKAN ORANG LAIN SAJA......
KESANNYA. HARAKAH TAK LAKU. LAGI DI. KELANTAN........
KESANNYA LAGI. TAMBAH. MERIAH ISLAMPHOBIA. SEMUANYA UMNGOOK .......
DAN PAS PUNYA PASAL.....

Anonymous said...

Anak2 mengemis minta2 kerja di kedai cina dap.....dapat kerja 2,/ 3 bulan. Berhenti..
Kemundian. Mengemis lagi di kilang 2 cina dap.....buat hal berhenti lagi....
Kebun sawit bangla dan indon. usahakan......
sang ayah. ngo kopi di warung felda pagi petang......
Cerita isle---isle........isle......balik rumah tido......
Sang ibu asik metting wanita umno di. balairaya....
Malam tengok berita tv3......suku........
Kombanasi yg sempurna........
Sang ibu......umngook........
Sang. Ayah......pus--puss........
Sang anak............bla.....bla..........bla.......

Anonymous said...

Kejahatan Ketua Musyrikin Penang adalah tanpa had dan batas. Sikap rasis dan cauvanis menyebabkan mereka rasis kepada semua orang yg berlainan dgn mereka

Anonymous said...

Patung kuil Hindu di Pulau Pinang dirosakkan
Patung ini dirosakkan pada awal Jun 2016.
Patung ini dirosakkan pada awal Jun 2016.

GEORGE TOWN, Ahad – Beberapa individu tidak bertanggungjawab merosakkan sebuah patung di kuil Hindu di Bayan Baru di sini malam tadi.

Mereka merosakkan patung berharga kira-kira RM500 itu yang disimpan di Kuil Dewa Sri Mathurai Veeran.

Siasatan awal polis mendapati kuil itu kini tidak digunakan bagi aktiviti keagamaan, kata ketua polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata pihak pengurusan kuil yang terletak di tanah persendirian itu telah diberi notis oleh pemilik tanah supaya mengosongkan kawasan berkenaan.

Ini adalah kes ketiga sepertinya yang dilaporkan sejak bulan lepas.

Pada awal Jun, dua patung dirosakkan, dengan kes pertama dilaporkan berlaku di sebuah kuil Hindu di Estet Penanti, Ara Kuda. – Bernama

Anonymous said...

Mafia--mafia. Balak lagi. Bahaya.....
Tahu kamu........pus---puss.......

Anonymous said...

sejak bila mahkamah malaysia memerlukan empat orang saksi bila kena tuduh menyontot,menyodomi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails