Monday, July 04, 2016

Tragedi 11 Sept Dirancang Bush, Bukti AS Bapa Pencetus Pengganas Dunia.



BUENOS AIRES – Seorang jurugambar yang dituduh membunuh isterinya mendakwa, dia mempunyai bukti tragedi serangan pengganas pada 11 September 2001 ke atas menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York mempunyai kaitan dengan pentadbiran bekas presiden George W. Bush.
Kurt Sonnenfeld bekerja di Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan Amerika Syarikat (AS), satu organisasi yang terikat dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, ketika serangan itu berlaku.
Selepas dua pesawat merempuh bangunan menara WTC, Sonnenfeld diberi akses tanpa had untuk ke kawasan tapak lokasi kejadian yang dikenali sebagai Ground Zero.
Berbekalkan peralatan kamera yang lengkap, lelaki berusia 39 tahun itu diminta untuk merakam apa sahaja yang dilihat. Bukti dokumen yang dirakam Sonnenfeld sepatutnya menjadi sebahagian daripada laporan mengenai apa yang berlaku.
Namun, dia tidak pernah menye­rahkan semula bahan bukti rakaman kepada pihak atasan selepas kejadian tersebut.
Sejak itu, hidupnya mula terjejas hinggalah membawa kepada kematian isterinya, Nancy pada 2002. Sonnenfeld ditangkap atas dakwaan membunuh.
Mayat Nancy ditemui di atas sofa dalam rumah mereka de­ngan luka peluru menembusi di belakang kepalanya.
Sonnenfeld sepatutnya didakwa di mahkamah pada Jun 2002, namun dakwaan itu digugurkan tanpa sebab kukuh. Ia menyebabkan dia membawa diri ke Argentina kerana merasakan itu bukan kali terakhir polis akan menyoalnya.
Selepas 15 tahun, Sonnenfeld telah bermaustatin dan berkahwin dengan seorang wanita Argentina. Walaupun kerajaan AS mahu dia kembali, namun lelaki yang kini berusia 54 tahun itu enggan berbuat demikian.
“Di atas kertas, mereka berkata mahu menangkap saya atas tuduhan membunuh Nancy, tetapi saya percaya itu bukanlah sebabnya,” kata Sonnenfeld yang mendakwa mereka mahukannya kerana telah melihat apa yang berlaku di bawah tanah menara 6 WTC.
Menurutnya, video dan gambar yang dirakam mempunyai bukti nyata bahawa pentadbiran Pre­siden Bush ketika itu merupakan dalang utama terhadap serangan ‘pengganas’ di tanah Amerika.
Antara perkara yang dipersoalkan Sonnenfeld termasuklah bagaimana menara 7 WTC boleh runtuh sedangkan ia tidak dirempuh pesawat.
“Ia tidak mempunyai apa-apa kerosakan struktur tetapi cukup menakjubkan apabila menara se­tinggi 47 tingkat itu runtuh dengan sempurna dalam tempoh hanya 6.5 saat.
“Satu perkara yang saya pasti adalah bahawa agensi-agensi pe­risikan Amerika Syarikat tahu apa yang akan berlaku atau sekurang-kurangnya membenarkan ia berlaku. Bukan sahaja mereka tahu ia akan berlaku, tetapi hakikatnya mereka bekerjasama,” kata Sonnenfeld. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah bukti bahawab AS adalah bapa pencetus pengganas di dunia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails