Sunday, July 03, 2016

Kerana G/Eng, 3 Pemimpin Ini Lidah Bercabang..


Tony Pua Minta Guan Eng Bercuti

My Nation News – Pada 22 Mac lalu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua dengan tegas menyatakan sesiapa yang disiasat tidak perlu mengambil cuti dari jawatannya.

Sebaliknya, kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, seseorang itu perlu melepaskan jawatannya dengan mengambil cuti apabila sudah didakwa di mahkamah.

Ia sebagai reaksinya kepada pertanyaan wartawan, perlukah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengambil cuti ketika disiasat, namun dengan tegas menyatakan, cuti perlu diambil sebaik didakwa di mahkamah.

Hari ini, Pua bertukar nada. Sama seperti Lim Kit Siang, sama seperti Mohamad Sabu, tidak pernah konsisten dengan apa yang mereka katakan.
Hari ini, Pua menyatakan pula, Guan Eng tidak perlu ambil cuti. Kita semua ditipu Tony Pua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails