Monday, July 04, 2016

Nurul Izzah 'menyokong Guan Eng sehingga ke titisan terakhir'










GEORGETOWN - Pakatan Harapan memberi jaminan tidak akan menganiaya rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara ini. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pemerintah yang baik tidak sesekali akan menganiaya rakyat seperti mana yang dipraktikkan kerajaan pada masa kini.

Menurutnya, pakatan itu juga tidak akan menggunakan kuasa yang diberikan sewenang-wenangnya sehingga menjurus kepada penyalahgunaan kuasa ke atas rakyat.

"Saya terpanggil untuk menyertai solidariti Ketua Menteri Lim Guan Eng ini kerana ia seperti ulang tayang apa yang berlaku ke atas bapa saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Inilah bukti penyalahgunaan kuasa apabila mereka menahan individu yang bertungkus-lumus membela hak rakyat. Perilaku menyalahgunakan kuasa ini tidak boleh dibiarkan kerana kita sebagai rakyat akan menjadi mangsa, tidak kira siapa anda...dan yang terbaru adalah Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri. Cakap sikit kena tahan, kena dakwa.


"PKR akan menyokong Guan Eng sehingga ke titisan terakhir kerana kita tahu, dia tidak bersalah..."

"PKR akan menyokong Guan Eng sehingga ke titisan terakhir kerana kita tahu, dia tidak bersalah. Tiada pendakwaan terhadapnya, tetapi disebabkan mereka tidak senang dengan kebaikan yang dibawa olehnya (Guan Eng) maka dia diheret ke mahkamah. Saya kagum dengan kehadiran rakyat yang sama-sama memberi sokongan kepada solidariti ini. Ia bukan sahaja untuk menuntut keadilan untuk Guan Eng sebaliknya sebagai perjuangan reformasi keadilan untuk rakyat," katanya ketika berucap di Sesi Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, perjuangan agen reformasi adalah demi pembaharuan badan kehakiman dan polis bagi mewujudkan sebuah negara yang adil selain menyekat kerajaan BN daripada terus merampas hak rakyat.

"Saya jamin, jika diberi mandat untuk memerintah negara, Pakatan Harapan tidak sesekali menganiaya rakyat sepertimana yang berlaku sekarang. Oleh itu, saya mohon agar rakyat menyokong gerakan reformasi demi masa depan negara.
"BN mengamalkan dasar memecah dan mentadbir rakyat mengikut kaum berbanding dengan Pakatan Harapan yang mempunyai prinsip. Pakatan Harapan akan menawan seluruh Malaysia dan menjatuhkan BN mengikut lunas undang-undang untuk menyelamatkan Malaysia demi masa depan negara yang lebih baik," katanya.

Terdahulu, kira-kira 1,000 penyokong berkumpul di Dewan Sri Pinang di sini untuk memberi sokongan selain mendengar penerangan dari beberapa pemimpin parti Pakatan Harapan berhubung penahanan Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu. (SH)

7 comments:

Anonymous said...

Kita tidak merasa hairan melihat pejuang Liberalisme membela Ketua Musyrikin Penang sebab Ketua Musyrikin Penang adalah pemimpin Liberalisme yang memperjuangkan dan mempromosi ajaran sesat Liberalisme.

Liberalisme adalah ajaran sesat yang memberikan kebebasan kepada umat manusia untuk melakukan kemungkaran dan kesesatan termasuklah kebebasan untuk murtad tanpa sebarang sekatan.

Ini bererti Liberalisme adalah bertentangan dengan Islam dan Islam dengan tegas menolak Liberalisme yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah. Marilah kita semua umat Islam menolak Liberalisme dan penyokong, pejuang dan pemimpin Liberalisme yang cuba menyesatkan umat Islam untuk melemahkan dan menghancurkan Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Apa nak heran kalau puak2 PIS dgn President sekali menyokong pemimpin lanun dah terang2 rasuah dan melanun duit rakyat. Adakah menyokong pemimpin yg rasuah beragama Islam tu tidak berdosa tetapi menyokong pemimpin bukan Islam yg memang tidak rasuah tetapi dicipta kesalahan agar dapat disabitkan kesalahan rasuah berdosa besar...Cukup2lah PIS nak kelentong. Kelentong PIS selama ni dah basi..

IrWrWs said...

Bila nak habis fitnah daa.. kalau PAS sokong najib buat apa PAS lawan BN di PRK br2 nih?.. mujurlah PAS tak bersolidariti bersama org yg dituduh perasuah.. Khir toyo ke? Entahlah.

Anonymous said...

Semenjak penubuhan parti Islam PAS lagi, Islam telah menjadi matlamat perjuangan PAS dan para pemimpin dan ulama Islamnya sentiasa menyeru manusia melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kesesatan dari dulu, kini dan selamanya. Bahkan PAS sentiasa mengkritik salah laku pemimpin-pemimpin parti sekular dan liberal dan meminta mereka kembali kepada Islam.

Malangnya, terdapat kaum munafik dan pemimpin kafir yang sentiasa mencipta pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan PAS dan menghasut orang ramai menentang usaha PAS melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah di negara ini.

Anon 4:14 PM adalah contoh makhluk perosak yang diupah dedak babi untuk menfitnah parti Islam PAS dan ulama-ulama Islam.

Anonymous said...

Anon 5:26 Klau pemimpin PAS lebih2 lagi Presiden PAS buat fitnah tak dosa pulak. Baru aku tau hanya ulama2 PAS halal memfitnah dan tak berdosa.

Anonymous said...

Kita cabar Anon 6:37 PM menunjukkan bukti !

Pemimpin PAS dan ulama Islam tidak pernah berkata ulama2 PAS halal memfitnah dan tak berdosa. Nampaknya Anon 6:37 PM terlalu terdesak untuk menfitnah PAS ! Mungkin Anon 6:37 PM bimbang tidak mendapat bekalan dedak babi cap roket untuk bulan Julai dan seterusnya.

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Memanglah tak cakap. Habis pil kuda tu apa??? Habis DAP musuh Islam tapi MCA, MIC, Gerakan, PPP bukan musuh Islam tu apa???

Habis calon Kota Damansara bertuhankan Karl MArx tu apa???

Bukan fitnah!!!

Kalau pemimpin PAS haramkan fitnah dia orang tak memfitnah!!!

Memang dah berketuakan Ketua Mesyrikin Malaysia Haji Hadi Awang jadilah macam ni!!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails