Monday, July 04, 2016

Bertudung Ketika Beribadat Di Tokong Siam...Kesucian Seorang Wanita.



RANTAU PANJANG – Siapa tak terkejut apabila pengacara majlis bertanyakan soalan pelik: “Siapa di kalangan hadirin bukan beragama Islam?”, sedangkan semua wanita yang hadir bertudung!


Namun ternyata dari puluhan wanita yang hadir dalam majlis tersebut, lebih kurang lima wanita mengangkat tangan. Rupanya mereka adalah masyarakat Siam Kelantan yang tinggal di Kampung Padang Nyior Rantau Panjang.

Berbaju kurung berkain sarung mungkin perkara biasa di sesetengah kawasan seluruh negara, namun agak unik bagi golongan wanita di sini apabila lebih gemar menutup aurat biarpun bukan beragama Islam.

Selesa tutup aurat

“Ish... Malulah kalau tak pakai tudung, sebab semua orang kampung pakai tudung,” kata warga emas, Mek Un Cha Tek, 75.

Mek Un berkata, golongan wanita di kampung itu, lebih gemar mengenakan baju kebangsaan manakala sekiranya tidak bekerja, golongan lelaki lebih selesa mengenakan kain pelekat sepanjang masa. Menurutnya, dia lebih selesa mengenakan tudung sekiranya bertandang ke mana-mana majlis rasmi mahupun menziarahi rakan sekampung.

“Kalau ada orang datang ke rumah lebih-lebih lagi bukan muhrim, saya cepat-cepat ambil tudung.
“Rakan-rakan saya juga kebanyakannya beragama Islam maka saya perlu menghormati mereka dengan menutup aurat,” katanya.

Selain itu Mek Un berkata, perkongsian budaya itu turut mempengaruhi kedua ibu bapanya, ketika memberi nama anak-anak selepas dilahirkan. Disebabkan perkara itu katanya, dia dikenali sebagai Mek Un, sesuai dengan jolokan ‘mek’ merujuk kepada anak dara Kelantan.

Rambang mata tengok fesyen tudung

Bukan sahaja golongan warga emas, malah minat yang sama turut dikongsi golongan muda di kampung berkenaan. Penduduk, Wanna Along, 47, berkata, dia rambang mata setiap kali membeli belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang terutama melibatkan kedai menjual kain tudung.

Menurutnya, anak-anak dan sepupunya gemar berkongsi gambar fesyen tudung terkini yang dijual secara online.

“Dulu saya suka beli tudung Ariani tapi sekarang saya lebih suka beli selendang instant kerana senang digosok dan mudah dipakai.
“Lebih menarik jika tudung atau selendang itu dihiasi manik dan labuci. Saya rasa kalau hari raya, mungkin saya berhias melebihi rakan-rakan Melayu lain,” katanya.

Selain itu, Mek Un berkata, dia turut menggunakan tudung ketika beribadat di tokong Siam. Katanya, imej melambangkan kesucian seseorang wanita, maka dia mahu menghadap tuhan dengan berpakaian tidak menjolok mata.

Perpaduan menerusi budaya

Sementara itu, penduduk, Ghazali Ismail, 70 berkata, penduduk tidak pandang serung jika rakan-rakan Siam Kelantan tidak mengenakan tudung. Namun katanya, budaya itu bukan sahaja memberi gambaran wanita Kelantan menjaga adab malah imej sebagai wanita yang tinggi budi pekerti.

“Mereka begitu menjaga adab ketika bertemu dengan rakan-rakan Melayu, sebab itulah hubungan Melayu dan Siam Kelantan di sini sangat erat.
“Kami menjaga hati masing-masing dan sedih sekiranya bersikap kurang sopan atau terkasar bahasa di antara satu sama lain,” katanya.
(TKO)

6 comments:

Anonymous said...

Teringat Mangkok2 PAN Imayam, dulu gang2 PAN boleh buat cerita dongeng yang Ketua Musyrikin Penang nak masuk Islam. SIap panggil panggil dia Umar Ibnu Aziz. Apaaaaa ka lubang. Yang aku tau dia bukan masuk Islam tapi masuk banglo terlajak murah. Hari2 kerja dia nak menghalau umat Islam keluar dari Penang persis Abu Lahab Modern.

Khadam2 PAN kata Ketua Musyrikin Penang ini mengikut Khalifah Umar Ibn Aziz. Pembohongan yg nyata.

Sebenarnya Ketua Musyrikin Penang ikut perangai superstar hollywood tahun 70an yakni Umar Shariff. Itu sebab Ketua Musyrikin ini beli banglo dekat Pulau.

Tapi tak payah cakap kat ahli PANLah. Sebab bagi mereka, ketua musyrikin Penang ini lebih afdal dari Imam Muslim dan Imam Bukhari


Dgn Penuh Ikhlas
Jeff Hulu Bernam
Keadilan Reform
Once Reformer Always Reformer

Anonymous said...

Masalanya sekiranya orang bukan islam bertudung makan babi direstoran cina yang akan memberi gambaran buruk pada pelancung luar.Mereka akan beranggapan orang Islam Malaysia makan babi.Sebab itu orang bukan islam tidak sepatutnya bertudung atau berbaju kurung.

Anonymous said...

Fitnah lah kau!

Anonymous said...

Teringat Mangkok2 PAN Imayam, dulu gang2 PAN boleh buat cerita dongeng yang Ketua Musyrikin Penang nak masuk Islam. SIap panggil panggil dia Umar Ibnu Aziz.

Ha...ha...ha...ha....ha...ha....Kita ketawa tergolek-golek memikirkan barua-barua Kuali pun layak masuk program raja lawak ! Yang pasti ialah barua-barua kuali telah diberi makan dedak babi cap roket yang menyebabkan mereka mudah dikencing oleh Ketua Musrikin Penang ! Hancing !

Anonymous said...

Orang dungu mempersoalkan perkara remeh bila berpolitik...selari dengan keupayaan berfikir dan bertindak.
Seorang TMB bercakap pasal warna... perkara temeh yg diambilnya. Bila itu lah tahap intelek TMB, apakah kita jangka penyokong parti itu inteleknya tinggi? Bebal dan bongok tu biasa la.

Anonymous said...

Salam En. Jeff Hulu Bernam,

Ketua Musyrikin Malaysia iaitu Tuan Guru Haji Hadi menyekutukan Allah dan menyokong perkara mungkar kenapa tak tegur???

Adakah kerana Encik pun dah sama menyekutukan Allah dan berbuat perkara mungkar sampai takut nak tegur kerana terkena batang hidung sendiri???

Memang Lim Guan Eng nak ikut kaedah Khalifah Umar Abdul Aziz tentang pengurusan walaupun tak sepenuhnya!!! Ada kita dengar banyak kes pecah amanah di Pulau Pinang??? Pulau Pinang diiktiraf oleh Ketua Audit Negara sebagai negeri dengan pengurusan yang terbaik!!!

Manakala Ketua Musyrikin Malaysia iaitu TGHH apa yang tak pernah hilang??? Duit Kohilal??? Lingkup!!! Tabung Memali??? Berjuta-juta ranap!!! Balak??? 20,000 ekar hilang dan diakui sendiri oleh SPRM dan berbagai agensi-agensi kerajaan!!!

Sebab tu Lim Guan Eng nak mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Haji Hadi nak mencontohi Najib RAzak!!! Habis semua hilang!!!! Belum cukup teror lagi, tak cukup RM 50,000,000,000 lagi!!!

HAHAHHHAHAHHAAA!!!

Penyokong Haji Hadi yang menolong perkara mungkar memang BODOH TAHAP GABAN!!!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails