Wednesday, May 04, 2016

Najib Lulus Projek Serta-merta' S'wak Tanpa Semak. -PAS Persoal.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan kerana meluluskan projek ‘serta-merta’ tanpa menyemak bajet.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  tindakan Najib meluluskan serta-merta tiga projek di Kampung Long Laput dan Telang Usan di Sarawak sempena pilihan raya negeri seolah-olah tidak berfikir panjang.

“Memberi kelulusan memang mudah, seolah-olah tidak perlu fikir panjang. Apakah penelitian sudah dibuat? Apakah semakan bajet dilakukan?.
“Jika benar kewangan kerajaan sihat, mengapa perlu penjimatan sehingga RM240 juta melibatkan biasiswa pelajar cemerlang ke luar negara?,” soalnya.

Tegasnya, setiap kali pilihan raya, banyak projek diluluskan serta-merta tanpa melihat bajet dan kesan, sehingga ada yang tertipu.

“Rakyat tertanya-tanya apakah Menteri Kewangan buat penelitian dan semakan bajet sebelum meluluskan?
“Jika Najib bersikap seperti rakyat, mengambil kira kos sebelum membuat pembelian, berhutang dan menandatangani sesuatu, isu 1MDB mungkin tidak wujud,” katanya. (SH)

2 comments:

Anonymous said...

Jika pas yg berbuat demikian,, memang sesuatu yg perlu dipersoalkan. Tetapi apabila pm selalu ketua negara dan ada kuasa tertentu, tak usaha persoalkan lah titm. Tumpukan usaha kepada dakwah di serawak tu. Jika persoal itu ini didalam perkara yg bukan bidangkuasa kita,,nanti akan dipersoalkan pulak,,begini ka cara nak berdakwah?

Unknown said...

Betul macam inilah cara nak berdakwah.. di samping menyantuni rakyat, kita jg perlu kedepan berhadapan (menasihati dan menegur) dgn pemimpin yg zalim tak kira masa terutamanya ketika dlm pilihanraya (menentang)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails