Tuesday, May 03, 2016

Bekas ADUN DAP Bantu Kempen PAS Di Kawasan Cina.




MIRI: Bekas Ahli DAP Perak dan ADUN Bercham, Sum Cheok Leng tiba di Miri hari ini bagi membantu kempen PAS yang merupakan kawasan majoriti Cina.
Beliau berkata, hanya wakil rakyat PAS sahaja yang dapat membawa suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri.

“Saya datang dari Perak untuk sokong PAS bertanding di kawasan Cina. Selepas diwakili Roket (DAP) dan SUPP, (keadaan) ada berubah?
“Kini hanya tinggal PAS yang mampu bawa isu rakyat. Saya gesa pengundi di sini sokong dua calon ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau merujuk kepada calon Pujut, Jofri Jaraeei dan calon Lambir, Arif Paijo yang turut hadir bersama beliau dalam sidang media itu.

“Ini (bawa suara rakyat) bukan kerja mudah. Macam Roket sebelum ini, di luar atau dalam Dewan, lepas cakap mereka balik tidur…Hanya tahu main isu sahaja,” katanya.

Beliau juga memaklumkan akan menyertai kempen PAS selepas ini terutama di kawasan masyarakat Cina. Cheok Leng umum keluar DAP dan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada Ogos tahun lalu.

Antara sebab yang dinyatakannya ketika itu adalah PAS menjadi pentas terbarunya untuk berkhidmat kepada rakyat, selepas tidak dicalonkan semula dalam PRU 2013. Cheok Leng yang mendakwa menganggotai DAP selama 44 tahun itu turut mengambil kesempatan menyerang bekas partinya itu.

“Dasar DAP adalah sosial demokratik, jaga keadilan dan kesaksamaan. Tetapi dalam parti ia tidak wujud.
“(Sebelum ini) Mereka tolak saya. Tetapi selepas keluar DAP dan masuk PAS, mereka serang saya pula. Saya tidak mahu cakap tentang DAP lagi. Saya ahli PAS sekarang,” katanya lagi. (TKO)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails