Monday, May 02, 2016

Khalid Ibrahim Turun Padang Bantu Kempen Calon PAS PRN Sarawak.

Khalid (tiga dari kanan) mengedarkan risalah kempen calon PAS kepada pengundi DUN Samalaju di Pasar Tamu Bintulu, Isnin.

KUCHING – Kebanjiran ahli politik dari semenanjung ke serata bahagian di Sarawak menambah bahang kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mula memasuki fasa kedua minggu ini.

Antara yang mencuri tumpuan ialah kehadiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Bintulu bagi membantu kempen calon PAS kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju, Zharudin Narudin.

Bekas menteri besar Selangor itu turun padang menemui orang ramai di Pasar Tamu Bintulu pada pagi Isnin bersama jentera PAS DUN Samalaju.

Menurut Pengarah Pilihan Raya DUN Samalaju, Loman Abdul Rahim, pemimpin yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2014 itu akan berkampung bersama jentera PAS di kawasan berkenaan untuk beberapa hari.

“Beliau hadir secara sukarela untuk berkempen bagi pihak PAS. Ini adalah contoh budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan PAS,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

PAS bergerak sendirian dalam kempen PRN Sarawak selepas parti itu enggan menyertai pakatan pembangkang baharu yang dianggotai parti serpihannya – Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP.

Pada PRN Sarawak 7 Mei ini, Zharudin berhadapan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Majang Renggie, Baba Emperan (DAP) dan Michael Lias (Bebas).

Samalaju adalah salah satu daripada 11 kawasan DUN baharu di Sarawak. – mstar

3 comments:

Anonymous said...

Di masa Mejar besara lari dari PAN masuk DAP, TSKI membantu pihak yg benar.

Jika peribumi sarawak menyokong PH, nescaya nasib mereka akan sama dgn nasib orang melayu di Penang. Kampung orang melayu dirampas oleh rejim Penang. Adakah rakyat Marhaen Sarawak mahu menerima nasib yg sama?

Anonymous said...

TSKI membantu kaum marhaen membeli rumah di Bukit Tagar di Selangor sewaktu rejim zionist Penang mennghalau penduduk kampung macam haiwan.

Kerana apa kampung dirampas di Penang? Dosa meraka adalah mereka orang susah


Satu per satu Melayu Islam dihalau dari Pulau Pinang. Weiiiii Mic Sabu Al Selfie Amoy anak Penang Khianat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Air mata penderitaan orang melayu di mata kamu tak da nilai. Woiii Babi PAN Imayam kao dengaq tak!!!!!!!!!!!!!!!! Yang penting DAP Happy. Melayu makan pasir pun dont care.

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/16/lagi-kampung-melayu-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/

Lagi Kampung Melayu Di Pulau Pinang Bakal Lenyap?

GEORGE TOWN- Sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang iaitu Kampung Selut, Sungai Pinang di sini bakal lenyap selepas penduduk di situ dimaklumkan kawasan berkenaan akan dibangunkan semula oleh pemaju.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran bandaraya George Town di sini wujud sejak 1960-an dan menempatkan kira-kira 5,000 penduduk.

Pengerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang, Ibrahim Din berkata terdapat 102 buah rumah teres dan 102 rumah jenis sebuah di kawasan berkenaan yang dibina atas milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipercayai terlibat dalam projek pembangunan semula di situ.

“Tanah itu adalah milik seorang individu dan kerajaan Pusat yang diterajui perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein ketika itu memberikan sejumlah wang untuk membina rumah di kawasan berkenaan bagi membantu orang Melayu yang tidak mempunyai rumah.

“Pemilik tanah itu bersetuju menjadikan kawasan berkenaan sebagai tanah rizab orang Melayu dan Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) ketika itu dilantik sebagai pemegang tanah terbabit,” dakwanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ibrahim yang juga tinggal di Kampung Selut berkata penduduk di situ telah beberapa kali berhubung dengan MBPP untuk membeli rumah-rumah berkenaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, bagaimanapun tidak berjaya ekoran pihak berkenaan enggan menjualnya.

“Selepas beberapa perbincangan hanya pemilik rumah sebuah-sebuah dapat membeli rumah manakala mereka yang tinggal di rumah teres masih menyewa dan kami membayar RM70 sebulan,” katanya.

Beliau berkata sejak awal tahun ini, penduduk rumah teres di situ mula bimbang kerana mereka dimaklumkan MBPP menerusi pemaju akan membangunkan semula kawasan berkenaan dengan pembinaan rumah pelbagai jenis termasuk di kawasan penempatan rumah sebuah-sebuah di situ.

“Pada Jun lepas MBPP telah menghantar surat kaji selidik kepada penduduk bagi cadangan untuk membangunkan semula kawasan berkenaan dan semua penduduk menerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang membuat surat membantah cadangan terbabit.

“Kami memang membantah sekeras-kerasnya kerana kampung itu adalah tempat kami malah kami juga tidak dimaklumkan mengenai nasib penduduk di sini jika pembangunan semula dibangunkan. Kami berharap ada pihak yang dapat tampil membantu penduduk di sini,” katanya.

Ibrahim berkata penduduk di situ ada menghantar surat untuk berjumpa dengan wakil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berbincang mengenai masalah itu, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.

Anonymous said...

Padan muka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails