Monday, May 02, 2016

Ini Basikal Terbang, Bolehkah Belia M'sia Cipta Begini?


FURZE dirakam terbang dengan hoverbike yang dibina menggunakan kerangka basikal. - AGENSI

JOM KREATIF
LONDON – Seorang lelaki Britain mencipta sebuah kenderaan futuristik yang dinamakan sebagai hoverbike dan boleh bergerak di udara menggunakan dua buah kipas baru-baru ini.
Colin Furze yang mencipta hoverbike itu menyifatkannya sebagai kenderaan paling hebat pernah ditunggangnya. Penciptaan kenderaan itu dibina berdasarkan cadangan daripada beribu-ribu penonton yang mahu dia mencipta mesin boleh terbang.
Furze mencipta mesin itu menggunakan dua buah kipas besar yang dihadapkan ke bawah dan disambungkan kepada dua buah motor serta sebuah rangka basikal. Kipas tersebut digunakan untuk membolehkan kenderaan itu terapung dan berlegar di udara.
Empat rakaman video yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube menunjukkan cara pembinaan kenderaan itu serta hasil terakhir yang diperoleh Furze.
Berdasarkan video terakhir yang dimuat naiknya, Furze dilihat mengendalikan mesin yang sukar dikawal itu di sebuah padang. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu ada inisiatif untuk melahirkan belia-belia Malaysia kreatif begini, kerajaan perlu ambil berat. Kalau dibidang hiburan boleh 'bazirkan' bantuan, kenapa bidang ini keusahawan masih tidak nampak hasilnya?
Lihat juga..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails