Wednesday, May 04, 2016

Sejarah Islam Di Borneo, Sarawak Perlu Pilih Parti Islam?

ISLAM adalah satu agama wahyu yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul melalui berperingkat-peringkat. Secara amnya, Islam adalah agama syumul atau dalam pengertian sebuah agama yang lengkap sempurna. 

Ia merangkumi seluruh cara hidup ataupun peraturan-peraturan berserta dengan saranan, nasihat, sejarah, perubatan, kisah-kisah silam, pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran secara amnya. Mampu mengamal cara hidup Islam dengan patuh pada rukun Islam dan rukun Iman, insyaAllah akan berjaya dunia dan akhirat. Tidak kira bangsa, warna kulit dan kaum.

Bagaimana Islam masuk ke Borneo?

Sabah, dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara, pada masa tersebut peranan masyarakat arab berketurunan Syaid dalam aktiviti penyebaran dan pengukuhan agama Islam dalam kalangan masyarakat tempatan begitu jelas sekali. Pengislaman individu yang pertama memeluk Islam dalam kalangan penduduk di Sabah juga dikaitkan juga dengan usaha seorang yang bernama Syarif Awliya Karim AL-Makhudm.

Keseluruhan kepulauan Borneo meliputi Sabah dan Sarawak termasuk Brunei telah menerima Islam pada abad ke-15 Masihi. Golongan keturunan Syaid ataupun Syeikh merupakn pelopor kepada penyebaran agama Islam di kepulauan Borneo, termasuk di kawasan nusantara yang lain.
map-sabah
I. Sabah

Asal nama 'Sabah' daripada sejenis tanaman iaitu 'pisang'. Buah pisang disebut 'sappah' atau 'sabbah' oleh masyarakat bajau. Pisang ditanam sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di Kepulauan Borneo Utara hingga Keperluan Sulu di Selatan Filipina. Selain itu, nama 'Sabah' juga pernah digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.

Bermulanya pada era penjajahan British iaitu kira-kira abad ke-14 yang lalu. Pendakwah Islam yang pertama datang ke Sabah berasal dari Sulawesi dan menyebarkan Islam di Lahad Datu. Buktinya terdapat manuskrip dalam bahasa Ida’an yang mengesahkan kedatangan Islam yang awal berlaku di Lahad Datu.
Featured image
Antara nama-nama Pendakwah:
  1. Mandur Syarif -Menyebar Islam di Daerah Ranau
  2. Ustaz Zaini Al-Palembangi -di Daerah Lahad Datu
Sebab kewujudan gerakan Islam di Sabah.
  • Tuntutan agama Islam sendiri, iaitu Islam wajib disebarkan kepada orang lain, Islam dan bukan Islam.
  • Bersaing dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarluaskan ajaran Kristian, sebagai lanjutan dari Perang Salib di Eropah.
  • Pedagang-pedagang yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei berdagang ke Sabah, seperti ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Mereka pada mulanya berhubungan dengan penduduk setempat untuk berurus niaga, tetapi dengan keramahan dan kemuliaan hati budi yang ditunjukkan oleh para pedagang, akhirnya menambat hati penduduk kampung di daerah-daerah tersebut.
Kesan Dakwah Di Sabah.

1. Tertubuhnya:
  • Persatuan Islam Tawau (tahun 1950-1960-an)
  • Persatuan Islam Putatan (tahun 1950-1960-an)
  • Sekolah Agama At-Thudiniyyah, Kg. Buang Sayang, Papar (tahun 1956). (Diasaskan oleh Allahyarham Datuk Salleh Ibrahim)
  • Selepas Merdeka - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (U.S.I.A)1959. Tujuan penubuhan U.S.I.A : Menyatukan semua pertubuhan-pertubuhan Islam.
  • Political Strategy(Pemerintah ketika itu Parti USNO) Menyebarkan Islam kerana pemerintah adalah beragama Islam.
  • Untuk capai status Negeri Islam, mesti penduduknya seramai 60% beragama Islam.
  • Agama Islam sebagai agama rasmi di Negeri Sabah telah mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri pada tahun 1971.
  • Rentetan daripada itu, Majlis Ugama Islam Sabah telah ditubuhkan pada 1971 bagi mengurus tadbir hal ehwal Islam.
2. Tokoh-tokoh besar yang memeluk Islam di Sabah,
3. Agama-agama lain di Sabah,
  • Kristian
  • Buddha
  • Hindu
  • Sikh
  • Pagan
4. Purata penduduk bukan Islam di Sabah
  • Kira-kira seramai 40% daripada penduduk keseluruhan di Sabah.
  • Purata penduduk bukan Islam yang memeluk Islam setiap tahun mulai tahun 2000 ialah kira-kira 1,300 orang – 2,000 orang.
SUMBER : JHEAINS & UMS "DAKWAH DI SABAH"

II. Sarawak.

Asal usul nama sarawak adalah sempena wujudnya sungai di Sarawak iaitu Sungai Rajang. Merupakan terpanjang di Kuching meliputi kawasan seluruh Sarawak.

Islam di Sarawak.

Tahun 1476M.
  • Kemasukan Islam di Sarawak berkait rapat dengan perkembangan Islam di Brunei.
  • Zaman Kegemilangan Kesultanan Brunei, Sarawak adalah sebahagian dari tanah jajahan takhluk Brunei.
  • Pengislaman Awang Khalak Betatar di negeri Johor yang berketurunan dari suku Bisayah, Limbang menandakan bermulanya perkembangan Islam di Sarawak.
Tahun 1599M
  • Pertabalan Sultan Tengah sebagai Sultan Sarawak Daru Hana dianggap sebagai detik rasmi bertapaknya Islam di Sarawak.
     Sumber;https://www.google.com.my/search?q=gambar+sultan+tengah
  • Para Sharif berketurunan Arab telah dilantik sebagai wakil Sultan Brunei ketiga iaitu Sultan Ali Bilfalih bagi menjalankan pemerintahan di beberapa buah wilayah naungan Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak, contohnya Sharif Ja’afar di Lingga, Sharif Maulana di Kalaka Sharif Shabudin dan Sharif Shahab di Sadong.
Tahun 1841M
  • Sarawak (Kuching) telah diserahkan sepenuhnya kepada James Brooke pada 24 September 1841 akibat daripada pertelingkahan kuasa dalam Kesultanan Melayu Brunei.
  • Kelemahan pemerintahan pusat Brunei telah menyebabkan perluasan kuasa oleh keluarga Brooke bermula dengan Kuala Samarahan (1846), Sadong, Lingga, Skrang, Saribas dan Simanggang (1953), Rajang            hingga ke Bintulu (1861, Miri dan Baram (1883), Lawas (1885) dan Limbang (1890)

Sumber; https://www.google.com.my/search?q=keluarga+brooke

Tahun 1852M-!886M
  • Jawatan dan gelaran para pembesar Melayu seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggong, Datu      Hakim dan Datu Imam diwujudkan semula oleh keluarga Brooke bagi memenangi hati umat Islam.
  • Fungsi-fungsi jawatan dan gelaran tersebut dikawal dan dihadkan oleh Brooke.
  • Pemerintahan Brooke bukan sekadar menguasai pemerintahan, namun beliau juga mencampuri urusan perundangan agama umat Islam.
Tahun 1870M
  • Brooke telah menubuhkan Native Mohammaden Probate and Divorce Court  bagi menyelesaikan masalah    perkahwinan, perceraian dan kematian untuk umat Islam Sarawak.
Tahun 1915M
  • Undang-undang bertulis untuk mentadbir orang Islam Sarawak dikuatkuasakan yang dinamakan sebagai Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak (UMMS).
  • Undang-undang tersebut mengutamakan perkara-perkara seperti pertunangan, perkahwinan, perceraian dan salah laku seksual di kalangan orang Melayu.
Tahun 1932M-1956M
  • UMMS telah dipinda untuk meluaskan peranan bagi bergerak ke arah penerimaan Islam secara meluas dimana jawatan Musfti telah diwujudkan pada tahun 1941M.
Tahun 1945M
  • Selepas kekalahan pihak Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Vyner Brooke telah mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British atas tekanan daripada Kerajaan British.
  • Agama Islam tidak mengalami perkembangan seperti yang diharapkan di bawah pemerintahan British.
Tahun 1954M-1955M
  • Penubuhan Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak dibawah Majlis Islam In-Corporation Ordinance, 1954.
  • Namun begitu, majlis ini masih juga tidak mendapat peruntukan daripada pihak British, disamping majlis mempunyai tenaga kerja dan sumber kewangan yang sedikit.
Masjid Negeri Sarawak.
Sumber: https://www.google.com.my/search?q=gambar masjid jamek negeri  Kuching Sarawak
Sumber; https://www.google.com.my/search?q=gambar masjid Negara kuching Sarawak

Kesimpulan
Kesimpulan dari paparan di atas, jelaslah bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi kesan yang besar dan meluas dalam kehidupan masyarakatnya. Sehingga dengan itu telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan Islam di kalangan mereka secara berkesan. Sekali gus dapat mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik dan bermaruah, maju bersama Islam. 

Keadaan tersebut berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik di kalangan individu, keluarga, masyarakat atau negara. Kedatangan Islam telah membawa perubahan menyeluruh kepada sistem kehidupan masyarakat Alam Melayu seperti akidah atau agama ,sosial, politik, pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Namun, masih terdapat sebahagian bentuk budaya atau adat dari pengaruh Hindu sebelumnya diamalkan seperti adat bersanding dalam majlis perkahwinan dan lain-lain. 

Bahkan dalam politik pun masih kekal pemerintahan sekular yang jelas bertentangan dengan Islam, kecuali Negara Brunei Darus Salam. Brunei baru-baru ini melaksanakan hukum Islam sepenuhnya, termasuk hudud. Sebab itu masih tetap wajud parti yang memperjuangkan Islam di negara-negara umat Islam selain Brunei tersebut. 

Di Sarawak  hari ini sedang berlaku pilihan raya negeri, sudah tentu orang Islam wajib mennyokong parti Islam, walau pun buat masa ini sekadar untuk bersuara sahaja, bukan untuk memerintah. Kerana perjuangan menegakkan Islam tetap berterusan hingga hari kiamat!  (Ibnu Hasyim).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails