Wednesday, May 04, 2016

Awas! Penipuan Barangan Dalam Talian Guna Data Kad Kredit Palsu.





PENGGUNA
KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mematahkan empat sindiket penipuan barangan dalam talian menggunakan data kad kredit palsu membabitkan kerugian hampir RM1 juta menerusi Ops Helang pada 25 April lalu.
Timbalan Pengarah JSJK (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, sembilan lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 17 hingga 42 tahun berjaya diberkas dalam serbuan yang dijalankan serentak di Selangor, Pahang, Kelantan dan di ibu negara.
“Sindiket terbabit mahir menceroboh sistem pembayaran dalam talian de­ngan menggunakan data kad kredit palsu. Apabila transaksi untuk membeli barang dalam talian gagal diterima, suspek akan memuat turun satu aplikasi dari internet secara percuma untuk memintas ‘backhand coding’ yang dihantar oleh pihak bank kepada syarikat pembekal itu.
“Sejurus pihak pembekal menerima makluman mengenai transaksi pembayaran yang berjaya, penghantaran tempahan akan dibuat berdasarkan alamat yang telah dibekalkan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails