Thursday, May 05, 2016

2,000 Peserta Demonstrasi Tuntut Kemerdekaan Papua Ditangkap.

tuntut kemerdekaan Papua

PAPUA: Kira-kira 2,000 orang telah ditahan sejak minggu lalu oleh polis di wilayah Papua Indonesia dan kebanyakan mereka telah dibebaskan.
Mereka terlibat dengan perhimpunan bagi menuntut kemerdekaan bagi wilayah Papua daripada Indonesia.
Menurut peguam, Veronica Koman berpuluh-puluh orang telah ditahan di Bandar Kota Fakfak yang terletak kira-kira 1,500 km dari Jayapura, ibu kota wilayah Papua termasuk 19 orang kanak-kanak.
Menurut sumber, sehingga kini 1,449 orang telah ditahan di Jayapura, 200 orang di Marauke, 45 orang di Semarang, 42 orang di Makaffar serta enam orang telah dimasukkan ke hospital.
papua
papua-demo-tuntut-kemerdekaan-001-nfi

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Papua Barat (KNPB), Victor Yeimo yang menganjurkan perhimpunan prokemerdekaan memaklumkan bahawa kira-kira 2,000 orang yang telah ditahan telah dibebaskan tetapi beratus-ratus masih berada dalam tahanan.
Wartawan asing dan tempatan telah dilarang daripada membuat liputan di Papua.
Polis memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut.- Agensi

Video:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails