Tuesday, May 03, 2016

Sarawak For Sarawakians Di Taja DAP, Lagi Kejahatan DAP?

Gerakan sebuah NGO yang dikenali dengan nama Sarawak For Sarawakians (S4S) cukup dikenali di seluruh negeri Sarawak. Gerakan yang kononnya menuntut kemerdekaan penuh negeri Sarawak dari Persekutuan Malaysia ini dikatakan digerakkan dengan aktif menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 11 pada bulan hadapan.

Terkini, gerakan S4S kini semakin aktif dalam menyebarkan propaganda mereka. Menurut orang dalam S4S, mereka adalah sebuah NGO yang bergerak bebas tanpa sebarang campur tangan politik dalam semua agenda dan program yang mereka anjurkan. Namun, dari siasatan yang dilakukan, dakwaan mereka jelas tidak berasas sama sekali.

Beng Kor
Menurut beberapa kaji selidik yang dilakukan, S4S yang asli dilaporkan telah berpecah dengan S4S yang kini giat aktif di Sarawak. Menurut salah seorang pengasas S4S yang asal, mereka mengambil keputusan untuk tidak turut serta dalam gerakan S4S sekarang kerana mereka mendapat, S4S yang dikatakan diketuai oleh Fong Pau Teck dan Beng Kor ini jelas lari dari matlamat asal penubuhan S4S sebelum ini.

Menurut satu sumber, S4S yang ada hari ini jelas berpaksikan kepada pengaruh politik dan dikatakan DAP menaja semua program-program mereka seperti Program Jelajah Sarawak for Sarawakians yang bakal dilangsungkan pada 22 sehingga 24 April ini.

Walaupun, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menafikan sebarang pembabitan parti berkenaan dengan gerakan NGO ini, namun menurut sumber ini lagi, penafian berkenaan hanyalah diatas kertas, bukan penafian yang sebenar-benarnya. Ini bermakna, disebalik penafian ini, DAP sebenarnya menaja pergerakan S4S ini dari "pintu belakang".

Lebih menarik lagi, pendedahan ini turut mengaitkan PKR yang kini diketuai oleh Baru Bian. Mengulas tentang hal ini, sumber memberitahu, PKR jelas kurang senang dengan pembabitan S4S dalam kancah politik pembangkang kerana PKR menyifatkan gerakan ini bakal menjauhkan pengundi luar bandar dengan gabungan parti pembangkang ini.

Fong Pau Teck

Oleh yang demikian, tidak salah andai dikatakan, S4S kini lebih kepada menjadi lidah dan propaganda DAP dalam menghadapi pilihan raya negeri. Harus diingat, S4S sebenarnya terpecah kepada 3 gerakan yang menggunakan nama yang sama.

Gerakan yang dilakukan oleh Peter John Jaban lebih kepada penyatuan semua rakyat Sarawak dibawah pentadbiran Tan Sri Adenan Satem. Malah suara mereka juga dilihat seiring dengan apa yang dilakukan oleh Tan Sri Adenan untuk mendapat lebih autonomi dari kerajaan pusat dalam hal yang difikirkan patut tanpa menuntut kemerdekaan penuh dari kerajaan pusat.

Bagi Beng Kor pula, dia lebih menuntut kemerdekaan penuh dari Sarawak sambil menyebarkan pelbagai dakwaan palsu dan fitnah penindasan terhadap penduduk pribumi Sarawak. Bagi Fong Pau Teck pula, dia lebih kepada mempertikaikan Perkara 18, Penyertaan Sarawak kedalam Persekutuan Malaysia yang beliau sifatkan sebagai penipuan nyata dari kerajaan pusat.

Peter John Jaban
Untuk Rakyat Sarawak, usah terlalu mudah terpengaruh dengan dakyah kotor yang disebarkan melalu Beng Kor dan Fong Pau Teck ini. Seperti yang ditegaskan oleh Tan Sri Adenan Satem sebelum ini, kerajaan dibawah pimpinan beliau tidak pernah terfikir untuk menuntut kemerdekaan penuh dari Semenanjung.

Cuma, apa yang beliau harapkan, semua hak Sarawak seperti autonomi pendidikan, hasil bumi, tanah dan sebagainya, dapat dikembalikan sepenuhnya kepada kerajaan negeri untuk diuruskan. Nada yang sama turut diperjuangkan oleh Peter John yang dilihat sentiasa menyokong sebarang gerakan dan tuntutan kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat negeri Sarawak. (IH/http://www.sarawakiana.net)

4 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya S4D yakni kempen jahat Sarawak for DAP. Khadam beduli apa. Janji dia punya tuan tak tujah kepala dia.

Siap la kalau undi DAP. Nasib bumiputra Sarawak akan semalang kaum melayu di Penang

Anonymous said...

Orang bodo saja sokong roket !

Anonymous said...

Rejim zionist Penang mennghalau penduduk kampung macam haiwan. Jgn tertipu wahai sahabat2 Sarawak. DAP membawa rejim Aprtheid di Malaysia tak percaya tengok Penang. Kalau DAP menang di Sarawak habis lah anak bangsa


Kerana apa kampung dirampas di Penang? Dosa meraka adalah mereka orang susah


Satu per satu Melayu dihalau dari Pulau Pinang. Weiiiii Mic Sabu Al Selfie Amoy anak Penang Khianat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Air mata penderitaan orang melayu di mata kamu tak da nilai. Woiii Babi PAN Imayam kao dengaq tak!!!!!!!!!!!!!!!! Yang penting DAP Happy. Melayu makan pasir pun dont care.

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/16/lagi-kampung-melayu-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/

Lagi Kampung Melayu Di Pulau Pinang Bakal Lenyap?

GEORGE TOWN- Sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang iaitu Kampung Selut, Sungai Pinang di sini bakal lenyap selepas penduduk di situ dimaklumkan kawasan berkenaan akan dibangunkan semula oleh pemaju.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran bandaraya George Town di sini wujud sejak 1960-an dan menempatkan kira-kira 5,000 penduduk.

Pengerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang, Ibrahim Din berkata terdapat 102 buah rumah teres dan 102 rumah jenis sebuah di kawasan berkenaan yang dibina atas milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipercayai terlibat dalam projek pembangunan semula di situ.

“Tanah itu adalah milik seorang individu dan kerajaan Pusat yang diterajui perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein ketika itu memberikan sejumlah wang untuk membina rumah di kawasan berkenaan bagi membantu orang Melayu yang tidak mempunyai rumah.

“Pemilik tanah itu bersetuju menjadikan kawasan berkenaan sebagai tanah rizab orang Melayu dan Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) ketika itu dilantik sebagai pemegang tanah terbabit,” dakwanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ibrahim yang juga tinggal di Kampung Selut berkata penduduk di situ telah beberapa kali berhubung dengan MBPP untuk membeli rumah-rumah berkenaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, bagaimanapun tidak berjaya ekoran pihak berkenaan enggan menjualnya.

“Selepas beberapa perbincangan hanya pemilik rumah sebuah-sebuah dapat membeli rumah manakala mereka yang tinggal di rumah teres masih menyewa dan kami membayar RM70 sebulan,” katanya.

Beliau berkata sejak awal tahun ini, penduduk rumah teres di situ mula bimbang kerana mereka dimaklumkan MBPP menerusi pemaju akan membangunkan semula kawasan berkenaan dengan pembinaan rumah pelbagai jenis termasuk di kawasan penempatan rumah sebuah-sebuah di situ.

“Pada Jun lepas MBPP telah menghantar surat kaji selidik kepada penduduk bagi cadangan untuk membangunkan semula kawasan berkenaan dan semua penduduk menerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang membuat surat membantah cadangan terbabit.

“Kami memang membantah sekeras-kerasnya kerana kampung itu adalah tempat kami malah kami juga tidak dimaklumkan mengenai nasib penduduk di sini jika pembangunan semula dibangunkan. Kami berharap ada pihak yang dapat tampil membantu penduduk di sini,” katanya.

Ibrahim berkata penduduk di situ ada menghantar surat untuk berjumpa dengan wakil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berbincang mengenai masalah itu, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.

Anonymous said...

Padan muka ko!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails