Monday, May 02, 2016

Jelas Terbongkar, IKRAM Sokong G25. Bukan Fitnah?


bangkit.info – Setelah posting dua hari lepas berkenaan fitnah Mufti Perlis dari bumi haram, pihak kami mengambil inisiatif lanjut untuk melihat persoalan ini di dalam konteks punca dari mana mata-mata fitnah itu terbit. Kami difahamkan bahawa page Dr MAZA, selepas teruk dikecam kerana memfitnah semalam, telah menghapuskan posting fitnah tersebut tanpa melakukan sebarang permohonan maaf.
Kami juga difahamkan bahawa mata-mata fitnah ini keluar dari satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak IKRAM kerana tidak berpuas hati nama organisasi mereka disebut sebagai antara organisasi Islam yang telah beberapa kali menyatakan sokongan kepada kumpulan G25.
Kami memeriksa sama ada IKRAM benar-benar terlibat menyokong kumpulan G25 atau pun tidak. Hasil daripada penemuan tersebut, menunjukkan IKRAM hadir di dalam majlis himpunan 96 NGO yang menyatakan sokongan kepada kumpulan G25 pada 22 Disember 2014. (1)
Kemudian IKRAM juga terlibat memberikan sokongan sekali lagi kepada kumpulan G25 bersama kumpulan Plan of Actions For Malaysia (PoAM) bersama 48 NGO yang lain. (2)
Pendedahan fakta berkenaan sokongan IKRAM terhadap kumpulan G25 inilah yang menjadi punca Setiausaha Agung IKRAM memfitnah IKSIM yang kemudiannya disambut oleh Dr MAZA dari Mekah.
KOMPLOT G25 HAPUSKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH?
Kumpulan G25 sebagaimana semua sedia maklum, menimbulkan kontroversi apabila forum yang dianjurkan mereka pada Disember 2015, dikecam ramai pihak kerana menuntut serta membuat beberapa perancangan termasuk untuk mengaudit dengan tujuan mengubah atau membatalkan sepenuhnya undang-undang syariah di setiap negeri di dalam Malaysia.
Walaupun pihak G25 cuba membuat penafian, tetapi rakaman audio komplot perancangan tersebut didedahkan oleh kumpulan yang menamakan gerakan mereka sebagai Komplot Watch.
Pendedahan IKRAM yang bersekongkol dengan puluhan NGO lain menyokong G25 inilah yang menjadi punca anak-anak panah fitnah dengan mata yang beracun diluncurkan Mufti Perlis tanpa bertabayyun dari bumi Mekah, sebuah Tanah Suci untuk umat Islam.
Sesuatu fakta yang disampaikan dengan bukti-bukti jelas, tidak boleh ditakrifkan sebagai satu fitnah. Untuk IKRAM mentafsirkan pendedahan fakta sokongan mereka terhadap G25 sebagai satu fitnah, ia dilihat sebagai satu percubaan keras dan terdesak menyembunyikan fakta sokongan tersebut daripada ahli-ahlinya dan orang awam.
IKRAM TIDAK PERNAH TARIK SOKONGAN KE ATAS G25?
Sehingga hari ini, IKRAM tidak pernah mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat di dalam kumpulan 96 dan 48 NGO yang menyokong G25. Mereka juga, sehingga hari ini tidak pernah mengumumkan menarik diri dari senarai 96 dan 48 NGO yang menyokong G25.
Amatlah mengecewakan apabila tindakan menyokong G25 dan kemudian melabelkan pendedahan fakta seumpama ini sebagai satu fitnah, semua perlakuan sembrono seumpama ini, menjejaskan imej IKRAM di mata umat Islam sendiri.

5 comments:

Anonymous said...

Maka tidak hairanlah terdapat talibarut Zionis yang bersembunyi di sebalik 'NGO Islam' yang bersekutu dengan NGO liberalisme dan pluralisme yang sesat lagi menyesatkan untuk memusnahkan parti Islam yang sedang berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah.

Maka kita tidak merasa hairan jika ISIS dikawal dan dipergunakan oleh Zionis untuk memusnahkan Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Tidakkah PAN dan IKRAM membaca peringatan Allah Taala!!!

Laki-laki munafik dan perempuan munafik yang sebahagian mereka adalah dari yang sebahagian, mereka menyuruh yang munkar dan melarang dari yang makruf dan mereka genggamkan tangan mereka (bakhil). Mereka telah melupakan Allah dan Allah pun melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itu adalah orang yang fasik (melewati batas). ( Ayat 67 : Surah at-Taubah )


Sesungguhnya jika tidak berhenti juga orang munafik itu dan orang yang dalam hatinya ada penyakit dan pengacau-pengacau di Madinah, nescaya Kami akan kerahkan engkau terhadap mereka. Kemudian itu tidaklah mereka akan bertetangga lagi dengan engkau di situ kecuali bagi masa yang singkat. Mereka di dalam keadaan terkutuk di mana sahaja mereka dijumpai dan mereka akan dibunuh sampai semusnah-musnahnya. Sunah Allah yang telah berlaku pada orang-orang yang terdahulu. Dan sekali-kali tidak akan didapati bagi Sunnatullah itu satu pengganti. ( Ayat 60 –62 : Surah al-Ahzaab )

Anonymous said...

http://nordinali.blogspot.my/2015/12/menyelongkar-pemikiran-sesat-yang.html



7 Disember 2015 kumpulan G25 mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

Pada forum ini Zulkifly Ahmad menyebut AMANAH bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kenyataan G25 di sokong pula oleh Ustaz AMANAH.


Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ada menulis mengenai Harus Mengintip Bagi Elak Zina/Khalwat pada 12 Januari 2007. Ustaz Zaharudddin bersetuju dengan saranan Sohibul Samahah Mufti Perlis agar diperkemas tindakan serbuan, tetapi TIDAK sependapat dengan beliau dalam hal melarang dan mengharamkan intipan secara umum yang boleh menyebabkan terbantutnya seluruh operasi ops maksiat yang telah sedia ada. Dia juga bersetuju dengan JAKIM dan lain-lain Jabatan Agama yang ingin meneruskan usaha ini, pada masa yang sama saya tidak bersetuju jika tindakan Penguatkuasa Jabatan Agama yang menjadikannya sebagai rutin harian dan menyerbu tanpa adab dan tertib.

Hujah dr Asri kononnya Imam Ghazali melarang Hisbah menangkap khalwat atau mencegah maksiat tidak tepat. Perkara ini disanggah oleh Ustaz Abu Syafiq.

Merujuk Kitab Ihya Ulumuddin jilid 3 mukasurat 28 yang dinukilkan oleh Dr Asri ada menyebut begini:
"Maka ketahuilah sesungguhnya sesiapa menutup pintu rumahnya dan terhalang dengan dindingnya maka tidak harus (keatas Hisbah) masuk kedalam tanpa izinnya untuk mengetahui maksiat KECUALI ianya zahir berlaku dalam rumahnya secara jelas diketahui orang di luar rumah SEPERTI suara seruling dan gitar yang kedengaran menembusi dinding dari luar rumah. Maka barangsiapa yang mendengarnya harus baginya (hisbah) masuk ke rumah dan memecahkan alat muzik itu". Tamat.

Jelas Imam Ghazali disitu tak berikan contoh pada isu tangkap khalwat tetapi memberi contoh pada keadaan Hisbah menahan orang yang main muzik yang haram. Keduanya pula jelas Imam Ghazali bagitau jika diketahui didalamnya ada maksiat maka diharuskan penguat kuasa masuk untuk tindakan.

Anonymous said...

Daripada diatas Terbuktilah yg PAN dan IKRAM hanya talibarut DAP dan DAP pula anti Islam

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/


KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


KHUTBAH AIDILADHA PAHANG 2015
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

PAN memang amat kasih dengan DAP walaupun DAP anti Islam. Itu sebab bila majer bersara blah dari PAN masuk DAP, Mujahid hanya boleh senyum kambing. Al Maklum PAN kan Khadam DAP

Betapa kasih PAN kepada DAP sehingga DAP mahu hak murtad pun PAN hanya boleh terenyum.

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

UALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails