Monday, May 02, 2016

Hari Pekerja: 60% (960,000) Kakitangan Awam Belum Ada Rumah..

KUALA LUMPUR – Kongres Kesa­tuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Per­khidmatan Awam (CUEPACS) mendapati kira-kira 960,000 atau 60 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam masih tidak memiliki rumah sendiri.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, daripada jumlah itu, seba­nyak 75 pera­tus merupakan mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.
“Sempena Hari Pekerja pada hari ini, kami mahu kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap keperluan penjawat awam iaitu memiliki kediaman sendiri selain kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengawal harga dan menambah rumah mampu milik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja CUEPACS yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di sini semalam. (IH)

1 comment:

Pencolekhangek said...

Bersedialah untuk menjadi ahli masyarakat gelandangan. Mana yang selalu menunjuk samseng dengan rakyat marhaen janganla sombong kerana peluang anda untuk duduk berjiran dengan mereka sangatlah luas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails