Monday, May 02, 2016

Dr Rani Raikan 752 Rakyat Meru Yang Cemerlang.

Dr Rani raikan pelajar cemerlang dari kawasan beliauDr Rani raikan pelajar cemerlang dari kawasan beliau
Seramai lebih 752 orang rakyat Meru yang terdiri dari ibu bapa termasuk 267 orang pelajar-pelajar cemerlang dari pelbagai bangsa di Meru diraikan hari ini.
Mereka diraikan oleh Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman, ahli-ahli majlis dan dato-dato ketua kampung serta nazir-nazir masjid dalam Program Hari Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Meru 2016 yang diadakan di Dewan MPK, Meru.  
Dalam ucapannya, Dr Abdul Rani mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat kepujian dalam PSRA, UPSR, PT3, SPM, TAHFIZ 30 juzuk, STAM dan STPM bagi tahun 2015.  
Katanya, mereka bukan sahaja mencipta kebanggaan kepada guru-guru yang mengajar mereka tetapi juga kepada ibu bapa mereka.  
"Semoga mereka dapat terus mendapat berbagai lagi kepujian dan kejayaan dalam hidup dan jangan sekali-kali memisahkan ajaran agama dalam kehidupan duniawi ini," katanya.
Dr Rani menyerahkan tong oren MPK kepada penduduk MeruDr Rani menyerahkan tong MPK kepada penduduk Meru
Semalam Dr Rani menyerahkan lebih 100 tong sampah MGB (Mobile Garbage Bin) milik Majlis Perbandaran Klang (MPK)  kepada penduduk Kampung Budiman dan Taman Binjai jaya. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur.

Jangan ikut rasmi PAN Imayaman dan Presidentnya Sheikh Mat Khadam. Mereka hanya menolong konco2 DAP sahaja.

Sehina2 manusia di mata PAN adalah orang melayu berugama Islam dan sebaik2 makhluk adalah Al Emir DAP Penang Mareiiii

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/03/02/penyokong-pan-mahu-husam-ganti-mat-sabu/


Penyokong PAN Mahu Husam Ganti Mat Sabu

AIDCNews – 02/3/16 – Penyokong Parti Amanah Negara (PAN), Shafie Salleh mengharapkan agar Datuk Husam Musa agar dipecat daripada PAS bagi membolehkan beliau mengambil alih jawatan Presiden PAN yang disandang oleh Mohamad Sabu.

Menurutnya, trend kepimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu mutakhir ini diragui oleh ahli parti sendiri.

“Semoga Dato Husam Musa dipecat dari PAS, kerana kepada beliaulah kita bergantung harapan supaya beliau memimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Mat Sabu sejak akhir-akhir ini menampakkan bahawa beliau bukanlah Presiden yang bagus untuk AMANAH,”katanya dalam Facebook.

Menurutnya, penglibatan Husam dalam program ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran PAN Johor membuktikan bekas Naib Presiden PAS itu satu-satu calon yang layak memimpin PAN bakal bakal calon Perdana Menteri.

“Pada saya secara peribadi inilah pemimpin paling layak memimpin AMANAH, seterusnya membawa kita ke Putrajaya. Seterus memerintah Malaysia.

“Dalam keadaan usia DSAI yang semakin bertambah, Dato Husamlah yang paling layak ganti DSAI untuk jadi PM,”katanya lagi.

Menurut Mazlan Aliman yang merupakan penganjur program Selamatkan Malaysia, selain Husam, Abby Abadi dan suaminya juga turut hadir ke program tersebut.

“Kehadiran masyarakat berbagai kaum, ahli dan penyokong Pakatan Harapan, PAS, NGO dan juga penyokong UMNO; menggambarkan kebersamaan dengan tema ‘SELAMATKAN MALAYSIA.

“Program malam ini adalah muqaddimah kepada gelombang perubahan seluruh rakyat yang mahukan BN ditolak dalam PRU 14. Isyaratnya telah di tunjukkan pada malam ini.

“Terima kasih atas kehadiran Dato’ Husam, pimpinan parti politik dan NGO, juga pasangan suami isteri Faizal dan Abby Abadi, rakan2 media. Tahniah kepada Sdr Abrary Ramli selaku Pengarah Program dan AJK serta para petugas Arif,”kata Mazlan yang juga Naib Ketua PAN Johor dan Ahli Jawatankuasa PAN pusat.

Husam dalam ucapannya menyatakan beliau tidak teragak-agak untuk menyertai PAN jika pimpinan PAS tidak berubah dan tersesat haluan perjuangannya.

“Komitmen peribadi saya, kalau PAS bersama menongkat kemungkaran, komitmen peribadi saya adalah bersama tuan-tuan..”tegas Husam dalam program itu.

“Saya tidak minta dipecat. Saya tidak minta digantung. Saya minta parti saya berubah. Pemimpin saya berubah.

“Kalau pemimpin sudah rasa tersesat, dalam Islam, kita nak pemimpin itu dihenti. Kalau imam tu uzur, orang belakang imam itu mesti orang yang boleh ganti imam.

“Imam uzur, dia boleh ditegur..kita boleh tegur, tapi kalau dia berulang-ulang buat kesalahan sama, makmun boleh nasihat imam berundur, lantik imam yang lain.

“Saya masih berdoa pemimpin PAS berubah bersama dengan arus ini, tetapi kalau ditakdirkan PAS sudah tidak boleh lagi mengikut sunnah perubahan kerana keangkuhan pemimpin-pemimpin, kita rakyat Malaysia jalan terus. Saya bersama tuan-tuan. Nasib saya macam mana, rakyat yang tentukan. Kalau PAS tak benar saya bertanding, rakyat kata saya kena bertanding, bertanding di Johor (pun) tidak apa”kata Husam lagi


Sementara itu, Suhaizan Kayat yang juga Setiausaha Organisasi PAN memberitahu beliau bersama dengan Mazlan telah menghadiri acara menyambut kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

“Bersama Sdr Mazlan Aliman dan Gabungan Selamatkan Malaysia menyambut Tan Sri Muhyiddin Yassin di KLIA.

“Semoga Tan Sri dapat terus menegur PM,”katanya dalam Facebook.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails