Wednesday, April 13, 2016

Mulai Jul Ini, Pawagam Di K'tan Akan Dibuka semula!


HALAMAN HIBURAN


KUALA LUMPUR – Pawagam di Kelantan bakal beroperasi Julai ini kata pengurusan pasaraya di Kelantan, KB Mall.

Panggung tersebut akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri, namun perkara itu tidak dijelaskan secara spesifik memetik laporan Sinchew Daily.

Difahamkan KB Mall bakal mempunyai lapan panggung wayang di dalam pawagam yang bakal beroperasi itu.

Sehubungan itu, walaupun kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan panggung, namun syarat kerajaan negeri yang ketat membuatkan panggung tidak dibina sebelum ini.

Menurut syarat yang ditetapkan kerajaan, penonton lelaki dan wanita akan dipisahkan manakala lampu di sesetengah tempat duduk tidak akan dipadamkan.

Kerajaan negeri juga menetapkan tiada filem akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadan dan malam Jumaat.

Terdahulu, Kelantan dilaporkan tidak mempunyai pawagam selama 20 tahun selepas menutup operasi lima buah pawagam di negeri itu sebelum ini.-SuaraTV

6 comments:

Anonymous said...

syukur atas kerjasama yang dijalinkan dengan najib. dapat la anak muda kelantan menonton wayang. berjaya juga najib dakwah kat mb kelantan dan presiden pas.

Anonymous said...

tak habis-habis lg meroyan geng JJlge..
jilat juboq lge. he he he

Anonymous said...

akhirnya penasihat 20% pula yang terpaksa menurut tektik orang yang dinasihat.

Anonymous said...

Geng2 jilat jubo hadi marang camana pulak?

Anonymous said...

Hidup meLAYU!! Takbirr!!

Anonymous said...

Baca betul2 dulu, kan syarat buat pawagam maseh sama. Bila ada syarikat dh sanggup bolehlah buat. Puak meroyan ni apa pon mereka x reti sebenarnya. Tau cuma spin buat fitnah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails