Tuesday, April 12, 2016

Hanya Tidak Basuh Kulit Telur Ayam Punca Keracunan 63 Pelajar.

PENGGUNA

IPOH – Kulit telur ayam yang tidak dibasuh sehingga menyebabkan dua jenis bakteria mencemari hidangan roti jala disahkan menjadi punca seramai 63 orang pelajar dan guru Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah mengalami keracunan makanan pada 2 April lalu.
Ini kerana kulit telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam bukan saja membuatkan makanan menjadi tidak bersih, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.
Pengarah Kesihatan ne­geri, Datuk Dr. Juita Ghazalie (gambar) berkata, hasil analisis di Makmal Kesihatan Awam di sini, mendapati dua jenis bakteria iaitu Salmonella dan Bacillus cereus disyaki te­lah mencemari roti jala itu.
Katanya, bakteria tersebut dipercayai disebabkan oleh kulit telur ayam yang tidak dibasuh semasa pembuatan kuih tersebut sekali gus turut mengotorkan tangan pengendalinya. (IH)

5 comments:

Anonymous said...

Telur tu kan keluar dr tempat najis, terletak di atas tempat bernajis sebelum dikutip utk jualan.
So, sebelum disimpan selepas dibeli, hendaklah ianya dibasuh, dibersihkan. Rasanya ni basic dlm bab thoharah / kebersihan dlm Islam. Nmpknya masih ramai yg tak lepas lg bab thoharah ni.

Anonymous said...

Telor ayam tak perlu basuh dulu, semasa nak guna baru dibasuh, kerana dikulit telor tersebut ada penutup disetiap pori2 telor bagi menghalang kuman masuk kedalam telor, klu dibasuh kemudian kita simpan, maka pori2 tersebut terbuka dan kuman akan masuk, basuh sebelum kita nak guna, baru betul, Allah telah cipta yg terbaik, tapi kita kena pandai guna

Anonymous said...

Pengotor

Anonymous said...

Ini belajar dari mana konon basuh telur awal menyebabkan kuman masuk ke dalam telur?? Jangan cakap sesuatu yang anda tidak tahu. Kulit telur mengandungi 94% kalsium karbonat (CaCO3). Bahan fostat yg rendah pada kulit iaitu 0.05% mampu bertindak sbg antioksida yg sgt tinggi. Lebih awal di basuh lebih menguatkan daya tahan telur.

Anonymous said...

Makan je telur tu dengan kulit2 tak payah basuh cantikkk.Antioksidan banyak pada tumbuhan, antioksidan ada pada telur iaitu luten,itu pun sedikit pada kuning telur..Kulit telur hanya bertindak sebagai pelindung.Saya kat pasar malam cukup teliti nak beli mertabak dan makanan lain yang ada telur.Kalau masih dalam bekas kertas pasti saya tak beli....Dah tentu tak basuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails