Sunday, April 10, 2016

Gadis 20Tahun, Dicekup Di Hotel Bajet. Tahniah JHAEIK, Cekup Jangan Tak Cekup!

Pasangan yang dicekup dalam operasi mencegah maksiat di hotel bajet.

SUNGAI PETANI - Seorang gadis berusia 20 tahun memberi alasan datang ke hotel kerana mahu teman berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, selepas ditangkap khalwat bersama pasangannya di sebuah hotel bajet, di sini, kelmarin.

Pasangan terbabit dicekup Unit Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) daerah Kuala Muda.

Gadis yang berasal dari Laguna Merbok ditangkap khalwat bersama seorang anggota tentera berusia 30 tahun.

Katanya, dia merancang untuk berkahwin dengan temannya itu selepas selesai menghadiri temuduga untuk menjadi seorang anggota tentera, tidak lama lagi.

“Saya baru saja dapat keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), baru-baru ini, dan saya berjanji tidak akan buat perkara seperti ini lagi,” katanya kepada seorang pegawai pencegah maksiat Kuala Muda, Ariffin Salleh ketika melakukan operasi mencegah maksiat itu.
khalwat
Bermula dengan ini, akhirnya berzina..

Selain pasangan itu, beberapa gadis turut ditahan kerana berada dalam bilik lain di hotel bajet itu tanpa pasangan.

Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, operasi cegah maksiat itu dijalankan dengan kerjasama polis kerana menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, operasi itu untuk terus membendung perbuatan sumbang yang semakin membimbangkan dalam kalangan anak muda sejak akhir-akhir ini.

“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap lagi dengan memberi tumpuan pada aduan orang ramai, hotel-hotel bajet dan juga kawasan yang berpotensi untuk kelakuan sumbang bermula jam 10.30 malam hingga 12 malam,” katanya.

Mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Petani untuk diambil keterangan sebelum ke Pejabat JHEAIK untuk tindakan selanjutnya. (SH)

Komen Weblog Ibnu HasyimTahniah JHAEIK, cekup jangan tak cekup!

6 comments:

Anonymous said...

Hukuman khalwat inilah yg ditentang oleh G25 dan Mujahid dari PAN

Tak Boleh Ceroboh ‘Ruang Peribadi’, Bagaimana Nak Cegah Khalwat, Mujahid?




Penulis tertarik dengan tulisan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Muhajid Yusof Rawa yang menulis di Malaysiakini tentang isu kumpulan G25 yang mahu kerajaan memansuhkan hukuman bagi kesalahan khalwat di kalangan umat Islam.

Dalam tulisan Mujahid itu, dia menggesa pihak penguatkuasa agama di negara kita supaya ‘tidak menceroboh ruang peribadi’ dalam usaha membasmi maksiat kerana katanya tindakan itu merupakan satu dosa.

Dia sertakan dalil naqli dari surah Al-Hujurat, ayat 12 yang mafhumnya; “dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?,”

Seterusnya, Mujahid lebih cenderung kepada pendekatan ‘nasihat’ berdasarkan Hadis yang dia utarakan berhubung ‘Islam itu adalah agama nasihat’. Jadi, dia menganjurkan supaya nasihat lebih diutamakan berbanding memberi hukuman kepada kesalahan yang dilakukan umat Islam.

Berdasarkan penulisan Mujahid itu, apa yang dia cuba sampaikan ialah penguatkuasa tidak wajar menceroboh ruang peribadi umat Islam ketika membasmi maksiat. Dia juga berpandangan bahawa adalah menjadi satu dosa sekiranya mencari kesalahan atau aib orang. Itu antara intipati yang penulis faham dari penulisannya.

Penulis bukanlah seorang Naib Presiden sebuah parti yang mendabik dada ‘lebih Islam’. Penulis juga tidak sekolah tinggi dan bukan seorang pemegang ijazah kedoktoran dari mana-mana universiti dari Timur Tengah. Penulis cuma umat Islam biasa yang hanya berbekal sedikit ilmu sahaja…

Berhujah dari sudut naqli, kita semua tahu tentang Al-Quran dan Hadis yang menjadi sumber perundangan di dalam Islam. Kandungannya begitu syumul, termasuk mengandungi hukum-hakam agama yang kita perlu praktikkan seumur hidup selaku umat Islam.

Seingat penulis, Allah SWT turut berfirman tentang pelbagai hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan hambaNya. Ia tidak terhad kepada hukum halal, harus, makruh, sunat mahupun haram sahaja.

Sebagai contoh, hukum bagi umat Islam yang berzina, mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya. Tidak perlu penulis sertakan ayat mana, surah mana atau hadis yang mana satu kerana penulis yakin semua orang tahu tentang sumber perundangan Islam itu.

Penulis tidak nafikan tentang kepentingan nasihat. Tapi, sekiranya nasihat itu dipatuhi, maka tidak mungkin umat Islam akan melakukan kesalahan. Sebagai contoh, sudah terang-terang Islam menasihatkan supaya umat Islam tidak mendekati zina.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’, ayat 32, yang mafhumnya “dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.”

Bukankah itu ayat nasihat? Tapi kenapa masih ada yang menghampiri zina, malah ada yang terlanjur berzina? Kerana ada umat Islam yang tidak mendengar nasihat dari Allah SWT, bukan? Itulah perkaitan sebenar dengan hadis bertemakan ‘nasihat’ yang diajukan Mujahid itu.

Namun memandangkan masih ada lagi umat Islam yang enggan mendengar nasihat dari Allah SWT, maka apakah Mujahid fikir umat Islam yang gemar berzina atau mendekati zina itu akan mendengar nasihat dari hamba Allah? Jelaslah mereka tidak peduli dengan nasihat, bukan?

Maka kerana itulah dianjurkan kaedah pencegahan dari menghampiri zina. Bagi mengatasi maslahat tersebut, maka sudah tentulah diperbahaskan tentang kaedah pencegahan yang berkesan bagi mengelak berlakunya perbuatan zina di kalangan umat Islam.

Berbalik kepada isu khalwat, penulis mentakrifkan perbuatan itu sebagai salah satu langkah menghampiri zina. Ekoran tidak mendengar nasihat Allah, maka perlulah kedegilan umat Islam itu diatasi dengan penguatkuasaan sebagai langkah mencegah maksiat. Mujahid suka tengok anak luar nikah bergelimpangan dibuat di longkang?

Anonymous said...

Cegah dulu, tangkap kemudian. Sebelum masuk hotel pegawai agama dah ada. Kalu daftar masuk, tu memang nak kena tangkap. Jgn tunggu maksiat dah berlaku baru tangkap. Tunggu pukul 2 3 pagi, pasangan dok tengah sedap dan habis sedap. Maksiat dah berlaku

Anonymous said...

Berbalik kepada isu khalwat, penulis mentakrifkan perbuatan itu sebagai salah satu langkah menghampiri zina. Ekoran tidak mendengar nasihat Allah, maka perlulah kedegilan umat Islam itu diatasi dengan penguatkuasaan sebagai langkah mencegah maksiat. Mujahid suka tengok anak luar nikah bergelimpangan dibuat di longkang?

Anonymous said...

adakah mungkin diakhirat kelak pencegah maksiat ini akan disoal kerana perbuatan berpileh2. hanya menyerbu hotel budget rendah dan bukan apartment mewah dan hotel 5 star? adakah hukuman hanya untuk rakyat marhaen sahaja?

Anonymous said...

Setuju anon 1154....akhirnye yang pasti adalah "Ko kubur lain Aku kubur lain"...toksah laa sibuk hal org lain kalau takmampu berlaku adil. Diri sendiri belum tentu lagi masuk mana.
Dalam Quran ada sebut kesalahan dan hukuman2 yg patut dikenakan...tapi takde mana pun Quran sebut kena ada pencegah maksiat pegi sekodeng dan tangkap org. Ni kerja manusia memandai mandai ingat diri dia confirm masuk syurga. Kalau salah sebu amacam? Salah satu dosa besar tu kan? Hukuman macamana pulak kes macam tu?
Malaysia ni majoriti org melayu beragama Islam...konon ikut Quran dan Hadith. Tapi dosa makin bertimbun. Bala makin banyak Allah turunkan. Tak sedar2 lagi. Islam mende? Singapore yg kapir tu...yg halalkan judi, arak, dan segala macam maksiat ok je. Negara bagus, rasuah almost ZERO!!!
Lepas ni ada yg balas kata balasan akan datang. Betul la tu pendangan macam tu..tapi yg pasti balasan dan bala dah datang kat kite dulu...kita yg mengaku Islam, yang ngaku Quran dan Hadith sebagai pedoman kehidupan kita. Dugaan dari Allah? Ke memang dah Allah nak hukum? Tak betul?
Sekian pandangan saya.

Anonymous said...

hotel mahal mana depa berani. lepas buat 2-3 kali agaknya kena sound orang atas. Tak kecut telur. Buat setakat yang bole.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails