Monday, April 11, 2016

Bekas Paderi Warga Itali Dibebaskan Kumpulan Abu Sayyaf.


AP - Del Torchio yang sedang dirawat di sebuah hospital tentera di bandar, Zamboanga, Filipina semalam.


MANILA – Seorang bekas paderi warga Itali yang diculik enam bulan lalu di selatan Filipina oleh kumpulan Abu Sayyaf dibebaskan kelmarin, kata kerajaan Itali.
Rolando Del Torchio telah ditahan di sebuah pelabuhan di pulau Jolo yang merupakan kubu kuat kumpulan berkenaan, kata jurucakap polis, Wilben Mayor.
Abu Sayyaf merupakan kumpulan militan yang terkenal dengan kegiatan penculikan warga asing serta menuntut wang tebusan yang tinggi.
Pemimpin kumpulan itu dipercayai turut menyokong militan Islamic State sejak beberapa tahun lalu yang mengawal sebahagian besar kawasan Iraq dan Syria.
Setakat ini, Abu Sayyaf dipercayai masih menahan hampir 20 warga asing.
Mayor berkata, Del Torchio ditemui dalam keadaan uzur di dalam sebuah bot di pulau Jolo yang terletak kira-kira 950 kilometer (km) ke selatan Manila.
“Dia kini dirawat di pusat trauma, hospital tentera dan dipantau oleh seorang doktor tentera,” kata Mayor.
Del Torchio diculik oleh beberapa lelaki bersenjata ketika berada di restoran piza miliknya yang terletak di bandar Dipolog iaitu kira-kira 400km ke timur laut pulau Jolo pada Oktober tahun lalu.
Del Torchio berkhidmat sebagai paderi di sebuah pertubuhan antarabangsa Pime, di selatan Manila bermula tahun 1998. Bagaimanapun, dia kemudian bersara pada tahun 2000 sebelum membuka sebuah restoran piza.  Lapor AFP

IMEJ menunjukkan kumpulan Abu Sayyaf. - AGENSI

Sebelum ini, serangan terbaru tentera Filipina ke atas kumpulan militan Abu Sayyaf menyebabkan 18 anggota tentera dan lima pejuang terbunuh dalam keganasan terburuk di selatan negara itu tahun ini, kata pihak berkuasa semalam.

Pertempuran di Pulau Basilan kelmarin berlaku selepas tarikh akhir 8 April lalu yang ditetapkan Abu Sayyaf bagi pembayaran wang tebusan. Kumpulan militan itu sebelum ini mengugut akan memenggal kepala beberapa tebusan warga asing.

Seorang jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan berkata, sekurang-kurangnya empat askar dipenggal dalam pertempuran itu yang melibatkan kira-kira 100 pejuang Abu Sayyaf.

“Pertempuran ini adalah sebahagian daripada operasi tentera ke atas Abu Sayyaf susulan kes penculikan warga asing,” katanya. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Bekas timbalan president PAS yg kini president PAN membebaskan mikrofon dgn melemparkannya diatas pentas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails