Friday, January 01, 2016

TPPA: Kerajaan Tidak Boleh Gadai Kepentingan Rakyat -Razman Zakaria

Oleh 
Razman Zakaria

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dilihat bertentang arah dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Peluang yang diberi kepada bumiputera dengan sekatan kepada kaum lain atas alasan untuk imbangan ekonomi antara kaum. 


Setelah hampir 60thn pelaksanaan DEB masih tidak mencapai sasaran. Sasaran 30% ekuiti bumiputera masih pada kadar di bawah 20% dan pemilikan bangunan komersial Bumiputra masih di bawah 10%.
TPPA difahamkan memberi hak kepada pelabur asing. Syarikat asing negara anggota TPPA hendaklah dilayan seperti pelabur tempatan dan harus diberi hak bersaing untuk perolehan kerajaan.

Pelabur asing juga tidak boleh dikenakan sebarang syarat seperti pemindahan teknologi, syarat input, aliran kewangan dan modal, sekatan terhadap keuntungan atau syarat perjawatan. Lebih membimbangkan sekiranya kerajaan tidak mematuhi perjanjian (mencabuli perjanjian) kerajaan boleh dihadapkan ke Mahkamah Tribunal Antarabangsa.


Dilihat perkara ini mempunyai implikasi yang besar kepada ekonomi dan masa depan rakyat. Permainan ekonomi di padang yang tidak sama rata dan tahap kemahiran yang berbeza boleh membawa negara kepada risiko besar.

Sebelum memuktamadkan persetujuan menyertai perjanjian TPPA ini adalah disarankan supaya kerajaan mendapat pandangan pakar daripada pelbagai lapisan masyarakat.  

Persoalan pertama yang perlu dijelaskan kenapa negara-negara membangun seperti Indonesia dan Thailand yang dianggap setaraf Malaysia tidak menyertai perjanjian ini. 

Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Perak.

6 comments:

Anonymous said...

PAS sedia maafkan kesalahan2 Umno..
kah5

Jangan hopokrit la Razalman

Anonymous said...

Warna sedondon Hadi$Najib .. lebai razman dah bagi nasehat .. take notes$take money..

Anonymous said...

razman ni nk kena marah dgn hadi ni.

org baru nk syg2 dgn najib dia pi komen tppa.

tkkn dia xtau nnti blh kecikkn hati najib.

sudahla razman jgn nk tunjuk baikla. rakyat nk meluat dgn hipokrasi pasug dn umnu

Anonymous said...

Sy nasehatkan razman stok berlakun mcm bagus.PAS hanye penasihat bn dan wajar digelar pak turut umno.PAS kera sumbang

Anonymous said...

Pas ikut jee ape bn umno bt.... Nnt dpt jawatan....dpt habuan....jd kaya raya....tk perlu bli keta proton lg.

Anonymous said...

Ahli pas lihat pemimpin pas lbh jijik lg dr pemimpin umno....pemimpin umno tau sembahyang...pemimpin pas solat jd iman....tp berpakat masuk umno.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails