Tuesday, December 29, 2015

Kenapa PKR Diam Isu Atlet Israel? -PAS K/Kangsar



PAS Kuala Kangsar mendakwa PKR Perak berdiam diri terhadap kritikan DAP terhadap kerajaan kerana menyekat peserta luncur angin Israel ke kejohanan dunia di Langkawi.

“Kami kesal kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dari rakantahaluf (kerjasama) kami, PKR Perak terhadap kenyataan DAP Perak tersebut.
“Adakah PKR Perak juga bersetuju dengan kenyataan sedemikian? Soal yang dipertua PAS Kuala Kangsar Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.
Semalam, ketua biro pembangunan ekonomi DAP Perak Chong Zhemin mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung penafian visa kepada dua peserta Israel – Yoav Omer dan Noy Drihan – untuk menyertai kejohanan Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF).
Setelah dikritik hebat, termasuk oleh Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata Chong Zhemin telah menarik balik kenyataannya.
Nga juga berkata kenyataan itu juga tidak mencerminkan pendirian parti di negeri itu.
Mengulas lanjut, Ahmad mengingatkan semua pihak bahawa isu Palestin adalah isu universal dan bukan isu terpencil dan terpilih.
“Rakyat Malaysia komited bersama dengan perjuangan rakyat Palestin mendapatkan hak dan keadilan mereka.
“Sudah tentu kenyataan pemimpin DAP Perak telah mengguris perasaan umat Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya, walaupun kenyataan itu telah ditarik balik oleh dan bersifat peribadi namun kenyataan Nga supaya dianjurkan ‘kompromi profesional’ tidak lari daripada maksud yang sama,” katanya. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails