Monday, December 28, 2015

Ketua Wanita Amanah Dr Mariah Pegang Tangan 'lelaki' Pula..

Sekeping gambar yang memaparkan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud memegang tangan seorang "lelaki" menjadi viral di Facebook sehingga mencetuskan kontroversi.
Dalam gambar tersebut, Dr Mariah yang mengenakan pakaian berwarna coklat tersenyum dan mengangkat tangannya sambil dipegang oleh seorang lelaki.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Pejuang Tegar mempersoalkan tindakan Dr Mariah yang juga anggota parlimen Kota Raja itu dengan berkata:
"Minta penerangan sikit... sejak bila Islam membolehkan berpegang tangan bukan muhrim... Ahmad Awang (Penasihat Umum AMANAH) tolong jawab jap".
Tulisan lelaki berkenaan mendapat perhatian orang ramai antaranya penceramah Wan Ji Wan Hussin dan Anggota Jawatankuasa AMANAH Aiman Athirah yang memberikan penjelasan berhubung gambar berkenaan.
Menulis di Facebooknya Aiman berkata, lelaki yang bersama Dr Mariah itu merupakan suaminya, Dr Hakim Jaafar.
"Lelaki yang memegang dan mengangkat tangan Dr Siti Mariah itu adalah Dr Hakim, suami beliau. Saya baru mendapat maklumat bahawa ada sekelompok sebelah sana yang giat menyebarkan gambar ini dengan menuduh Dr Siti Mariah sedang berpegangan tangan dengan ajnabi. Ulang suara... ini adalah suami beliau," tulisnya.
Wan Ji pula berkata: "Pak cik oi, ini suami Dr Mariah la. Namanya Dr Hakim". (MK)

8 comments:

Iman Al Hijamah said...

terkezuttttt....

Husmad Ahmad said...

Saya mohon bila nak buat berita pastikan berita benar jangan ambil tangkap muat.

Anonymous said...

Ibnuhasyim saya rasa awak patut berhenti menulis atau minta maaf pada dr siti mariah.kamu tidak ubah spt utusan

Anonymous said...

Terima kasih ibnu hashim,

Tolong promosi Dr mariah. Berita ini dari malaysiakini. ibnu hashim hanya promosikan.

Tq. ibnu..

Anonymous said...

Pejuang Tegar mungkin anakharam ini dah buat fitnah kat pimpinan PAN..Inilah ajaran baru Pascai & Ibnu hashim macam seronok sangat bersyubhat apa2 saja untuk memfitnah PAN.Lebih baik ibnu hashim sebarkan cerita/gmbar porno supaya lebai2 lebih terhibur & eraksi

Anonymous said...

Marah la MK mengapa marah ibnu hashim?

Anonymous said...

Pasal Pak Hisham.kena betul yang tak betul.

Anonymous said...

Dr Mariah lebih pandai jaga maruah dari Mat Sabu. Mengapa tak marahkan Mat Sabu dengan amoi betina? Betina itu bukan bininya. Dr Mariah dengan suaminya, sekarang orang sudah tahu, tiada fitnah lagi. Tahniah ibnu hashim, lapor perkara sebenar. Membetul benda yang tak betul.

Ibnu Hashim perlu lapor pula perkara sebenar Mat Sabu dengan amoi cina tu.

Ha ha ha.

Kepanasan lagi, mereka yang menyingkir dari PAS.

ha ha ha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails