Monday, December 28, 2015

Kebakaran Hutan, Lebih 100 Rumah Hangus Di Australia Tiada Rakyat Malaysia Terlibat.

Kebakaran hutan yg melanda wilayah Australia bagian selatan masih selalu berusaha dipadamkan. Sejauh ini, telah lebih dari 100 rumah warga ...

Editor IH
MELBOURNE – Kebakaran hutan, lebih 100 rumah hangus di Australia, tiada rakyat Malaysia terlibat. Lebih 100 rumah dijilat api di sebuah kawasan pelancongan terkemuka di Australia akibat kebakaran hutan yang merebak dengan pantas ekoran musim panas sekarang ini.
Keadaan itu menyebabkan kira-kira 150 orang ahli bomba terpaksa melupakan sambutan Krismas kelmarin bagi memadamkan kebakaran di kawasan tumpuan pelancong di Great Ocean Road, Victoria.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan negeri memberi­tahu, 85 buah rumah disahkan terbakar di Sungai Wye dan 18 lagi berdekatan Separation Creek dengan jumlah keseluruhan sebanyak 103 di kedua-dua perkampungan yang terletak 120 kilometer dari Melbourne.
Pihak berkuasa memberikan amaran bahawa keadaan ke­ring akan menyebabkan lebih banyak kebakaran di kawasan Great Ocean Road dan seluruh Victoria.
“Kebakaran ini akan berte­rusan sehingga Januari dan Februari depan. Kita akan berdepan dengan cuaca panas, berangin pada Januari dan lebih banyak kawasan akan terbakar,” ujar Pesuruhjaya Perkhidmatan Kecemasan, Craig Lapsley.
Walaupun amaran pemindahan telah ditarik balik di bandar tumpuan pelancong, Lorne, selain keadaan hujan pada sebelah malam yang membantu operasi pasukan bomba, pihak berkuasa memberitahu bahawa kebakaran itu terlalu besar.
Kebakaran dipercayai bermula dengan sambaran kilat pada 19 Disember lepas dan bantuan tiupan angin menyebabkan api merebak sehingga memusnahkan lebih 2,000 hektar hutan. 
Menurut wakil Weblog Ibnu Hasyim di Melboune, melaporkan tiada pelancong-pelancong atau pekerja-pekerja dari Malaysia turut terlibat dalam kebakaran tersebut. Pihak kedutaan masih belum mengeluarkan apa-apa makluman.  (IH)

Lihat.. 
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails