Tuesday, December 29, 2015

Hebatnya Pribadi Presiden Turki, Berjaya Pujuk Lelaki Cuba Bunuh Diri.. PM M'sia?

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan telah berjaya memujuk seorang lelaki yang dilaporkan cuba membunuh diri dari jambatan Bosporu setinggi 211 kaki yang menghubungkan kawasan Eropah dan Asia.

Kejadian yang berlaku selepas solat Jumaat semalam, seorang lelaki yang namanya tidak didedahkan telah cuba memanjat pagar jambatan untuk terjun, beliau telah dipujuk oleh pihak polis selama 2 jam namun tidak berjaya.

Akhirnya Edrogon bersama pengiring yang melalui kawasan tersebut telah memberhentikan kenderaan dan cuba memujuk lelaki berkenaan.

Menurut pembantu Presiden, Edrogon telah meminta pembantunya membawa lelaki tersebut ke keretanya untuk bercakap.

Pegawai yang mengikuti beliau itu terus pergi memujuk lelaki tersebut dan menyatakan bahawa presiden ingin berjumpa dengannya.

Lelaki itu yang agak terkejut telah meniti pagar jambatan untuk memastikan individu yang berada di dalam kereta tersebut adalah benar-benar Edrogan.
Selepas mengenal pasti kelibat presiden itu, dia telah bersetuju naik semula dan berjumpa dengan presiden Turki tersebut dengan mereka dilihat berbual seketika dan akhirnya lelaki itu dilihat mencium tangan presiden.

Memetik laporan The Associated Press, lelaki tersebut cuba membunuh diri kerana tertekan dengan masalah keluarga dan di dalam perjumpaan itu, Edrogan telah berjanji untuk untuk membantunya. 

Bandingkan dengan Perdana Menteri Malaysia.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails