Pihak berkuasa berkata, ke-tegangan di Ajaccio berlaku selepas dua anggota bomba dan seorang pegawai polis cedera akibat di­serang oleh beberapa orang pemuda di kawasan perumahan penduduk berpendapatan rendah di Jardins de L’Empereur, kelmarin.

Polis dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 150 orang penduduk berkumpul di hadapan ibu pejabat polis semalam bagi menyatakan sokongan mereka terhadap anggota bomba dan polis yang di­serang.

Bagaimanapun, beberapa orang daripada kumpulan penduduk ber-kenaan kemudian menyertai kira-kira 600 penunjuk perasaan yang menuju ke Jardins de L’Empereur, lokasi kejadian keganasan malam sebelumnya.

“Kumpulan berkenaan menjerit slogan dalam bahasa Corsican yang bermaksud Arab sila keluar! atau Ini adalah rumah kami!,” lapor wa­kil AFP.

Pegawai wilayah, Francois La­lanne berkata, berhampiran kawasan perumahan tersebut terdapat sebuah masjid dan kumpulan kecil penunjuk perasaan bertindak memecahkan tingkap dan mema-suki rumah ibadat itu lalu menggeledah dan membakar buku-buku termasuk al-Quran.

“Sebanyak 50 buah buku doa turut dibuang ke jalan raya.
“Polis dilihat masih lagi berkawal di kawasan perumahan berkenaan sepanjang malam semalam, dengan pasukan keselamatan turut dilihat ditempatkan di lima buah masjid di Ajaccio,” kata Lalanne.

Channel News Asia memetik kenyataan Perdana Menteri Pe-rancis, Manuel Valls dalam akaun Twitternya berkata, kejadian yang berlaku di Ajaccio sebagai ‘satu pencemaran yang tidak boleh di-terima’.

Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve berkata, serangan itu menunjukkan tanda-tanda perkauman dan xeonofobia (ketakutan terhadap orang asing). 
–AFP/REUTERS
Lihat.. 
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..