Thursday, December 31, 2015

USD300J Dana Politik Dari Israel, DAP Perlu Jelaskan -Dr. Mohd. Zuhdi


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kegagalan DAP menjawab pendedahan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.
“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.
“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Zuhdi berkata, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.
Katanya, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
“ketiga-tiga dakwaan Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP,” katanya.
Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu.
Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP. Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab,” katanya.
Pemimpin DAP baru-baru ini mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi.
Parti yang mendominasi Pakatan Harapan itu turut dikecam teruk oleh PAS yang menyifatkan tindakan DAP itu mengambarkan wajah sebenar parti berkenaan ke atas agama Islam selama ini.
Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun mengambil pendirian membisu dalam isu tersebut.
Ramai pihak melihat sikap ditonjolkan PKR itu kerana tidak mahu dilihat sebagai anti-Israel atas sebab-sebab tertentu. (IH)

Video: PKR pula sasaran 'pecah perintah' DAP, dakwa Zuhdi

5 comments:

Anonymous said...

Woiii Zuhdi tak dak cara lain ka nak tarik orang ramai sokong PAS.

Anonymous said...

pakcik sekadar ingatan utk peringatan kat saya jugak . umuq makin lanjut , post bab lucah pon boleh tahan laju je upload .. post ni kalau tak betoi mampoih la nak menjawab kat sana nanti , harakah daily pon dah tarik pasal berita ni.. yg dok salam ngan perdana menteri israil boleh pulak duduk sebelah tghh , ulamak bg perghormatan lagi kat org yg bersalamam dengan pembunuh umat islam , teruk nya ulamak sekarang ni adoiiii

Khaliquzzama abdul rauff said...

Ini cerita bangang, tak masuk akal langsung,macam mana si otak sewel ini jadi pemimpin.Sepupu Ahmad Maslan ke?

Anonymous said...

Mana lagi bahaya, Kerajaan ambik penasihat APCO yg jelas israel atau khabar angin andaian yg DAP (baca bukan kerajaan persekutuan pun) ada kaitan dengan Israel? Last word from me : BONGOK!

Anonymous said...

Ini je hujah org PAN?? kesian kena hanjing dgn DAP... PHUII

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails