Tuesday, December 29, 2015

Boikot Israel Bukan Sukan Sahaja, Tolak DAP Total. -Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari 
KUALA LUMPUR – “Umat Islam perlu bangkit secara besar-besaran menolak DAP dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.
Tegas beliau, DAP telah menunjukkan wajah sebenar parti itu ke atas agama Islam apabila mengutuk langkah kerajaan menyekat dua atlet luncur angin Israel daripada menyertai satu pertandingan di Langkawi, Kedah.
“Tindakan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin menyelar kerajaan Malaysia menafikan visa dua peserta luncur angin Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi mencerminkan sikap sebenar DAP dalam isu Palestin.
“Kenyataan Chong Zhemin itu merupakan gambaran sikap DAP yang pro Israel,”katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Ahmad Fadhli berkata, tindakan kerajaan Malaysia itu tidak wajar dibantah sebaliknya perlu dipuji kerana ia bukan bertujuan mencampur adukkan politik ke dalam sukan seperti didakwa oleh pemimpin DAP tersebut.
Jelas beliau, ia adalah pelaksanaan polisi terhadap hubungan diplomatik Malaysia – Israel yang telah diputuskan sekian lama oleh negara ini.
Malah, katanya, boikot terhadap Israel bukan dalam aspek sukan sahaja namun dalam semua lapangan sebagai satu tekanan terhadap rejim zionis yang terus melakukan keganasan di Palestin.
Lagipun, katanya, langkah kerajaan Malaysia itu bukan satu tindakan yang pelik di peringkat antarabangsa kerana Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia pernah melakukannya sebagai lambang solidariti kepada rakyat Palestin.
“Apa yang perlu difahami oleh DAP isu Palestin bukan isu politik dan peribadi, tetapi ia isu kemanusiaan. Tidak membenarkan atlit Israel daripada memasuki negara ini merupakan langkat tepat.
“Kerajaan Malaysia berhak menerima pujian dalam perkara ini,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails